≡ Menu

Search: label/advertorial

Apa Itu Nuffnang? Video Versi Bahasa Melayu
Tengok sampai habis, ada dikongsikan Tips Advertorial/Sponsored Post bersama Nuffnang


Alhamdulillah, sejak lancarkan Iklan di Eyriqazz.Com , ada beberapa pengiklan yang berminat untuk beriklan di Eyriqazz.Com. Ada yang eyriqazz terpaksa tolak atas faktor kurang kesesuaian untuk diiklankan dan juga prinsip (i.e. Big No for produk MLM, ubat kuat seks,nampak scam, etc)…



Antara pengiklan yang dah advertise dengan entri yang dikarang sendiri olehnya adalah Pay Per Post/12 Jam : Elegan dan Trendy dengan Hijabook . Mudah skit kerja eyriqazz, just tampalkan entri yang sudah dikarang selama 12 jam. 


A few days ago, eyriqazz e-mailkan dan bertanyakan apa feedback dia selepas beriklan di Eyriqazz.Com. Alhamdulillah, testimoninya tidak mengecewakan :

Salam iman, sory yer lbt reply. Bz sgt dgn keja2 opis. Erm masa ari awak iklan tuh memg ramai yg visit blog tuh n follow cuma tu la sehari je kan. Klu ble sebulan ble gak hehe

Syukur, dapat berikan win-win situation. Harga yang dibayar diharapkan seperti yang dikehendaki. For me, kalau tidak mampu berikan win-win, better pulangkan balik duit itu. That’s y setiap entry Advertorial dari Nuffnang yang eyriqazz terima, akan dihasilkan sebaik mungkin.  Yerlah, advertiser dah bayar 3-4 angka untuk satu-satu produk, sudah semestinya kena buat yang terbaik n win-win situation kan?

Anyone yang berminat untuk advertise di Eyriqazz.com, jangan malu-malu. Harga boleh runding.Negotiable bergantung kepada produk dan budget yang ada. Kalau tak puas hati, jaminan wang akan dikembalikan. Berminat? Check out entri Ini : Advertise di Eyriqazz.Com

Terima e-mail ini petang tadi. Maaf, saya terpaksa tolak . Bukan sombong or perasan bagus, namun produk yang ingin dipromosikan tidak kena dengan citarasa dan prinsip saya. Cukup saya katakan, produk MLM. Umm, duit boleh dicari namun biarla kena dengan caranya kan?. 

Alhamdulillah, rezeki datang petang tadi. Harap-harap sempatlah siapkan Advertorial yang diberi sebelum bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah jumaat nanti. InsyaAllah, rezeki akan dikongsi-kongsi.

P/s : Please support me untuk memenangi Gadget Pilihan. Kalau tak dapat join contest pun, appreaciate pembaca dapat Like, G+ dan Tweetkan entry INI .Kalau menang, sudah pasti, akan turut dikongsi-kongsi rezeki lagi.

Entry saya sebelum INI banyak menerima respons dan komen dari pembaca. Ada yang teruja, ada yang berfikiran negatif, dan sebagainya. Ada juga yang bertanya, apa rahsianya?

Hari ini adalah birthday eyriqazz yang ke-29. So, sebagai hadiah buat pembaca, biarlah saya kongsikan rahsia dari pengalaman peribadi saya. Sebelum itu, sekali lagi ditekankan, ianya hanya berdasarkan pengalaman peribadi dan pembacaan. 

How I Made RM5,191.36 From Nuffnang? Rasanya better saya kongsikan jawapan berdasarkan perkongsian dari entry bloggers yang lebih berpengalaman di luar sana. 

5xmom/Chan Lilian – How To Make Money From Nuffnang

Enough said, tiada cara mudah untuk berjaya. Usaha tangga kejayaan. Pecahkan ruyung, dapatkan sagunya.


Saya banyak belajar dari blogger ini. Blogger yang banyak memberikan Inspirasi dan panduan untuk lebih berjaya. Entri ini juga telah berkali-kali saya baca. Memang betul kata-katanya. Antara rahsia yang dikongsi oleh Kak Red antaranya “Minat, Hits/trafik , Ingat Asal Usul/Jangan Mudah Lupa diri, Perbaiki Entry, Kesabaran, dedikasi dan jaga prestasi, berkongsi rezeki, PR, dan selebihnya bolehla baca entry di atas. Trust me, ianya akan memberikan lebih inspirasi.


Honestly, RM5K+ ini mostly datangnya dari Advertorial/Sponsored Post . Macam mana nak dapatkan Advertorial/Sponsored Post dari Nuffnang? Umm, saya tiada jawapan yang tepat berkenaannya, hanya Nuffnang dan Advertiser saja yang tahu jawapannya. Namun saya kongsikan entry dari rakan bloggers saya yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang bercita-cita dan ingin mendapatkan Advertorial ini :



Saya bersetuju dengan entry mereka. Yup, bukan mudah untuk mendapatkan Advertorial dari Nuffnang. Bukan Hits semata-mata yang menjadi daya tarikan. Gaya penulisan, komitmen, kesungguhan, relationship dan pelbagai lagi memainkan peranan juga. Yang penting, jangan mudah putus asa. Kalau ada rezeki, InsyaAllah,takkan ke mana. Tanya sajelah Kak Ina KL contohnya, berapa tahun dia berblog sebelum dia menerima Advertorial yang agak konsisten. 

Tips berblogging? Umm, banyak sumber di luar sana. Googlekan aja. Saya tersentuh untuk kongsikan entry ini. Cukup lengkap dan rasanya memang bagus untuk dijadikan panduan :

Bean Moreno –  Cara Berblog Dengan Betul
Honestly, takdela setiap bulan eyriqazz mendapat Income 4 angka sebulan. Kadang-kadang 3 angka aja. Tapi at least, memang dapat cash out setiap bulan. Alhamdulillah, rezeki berblogging/side Income yang boleh saya gunakan untuk masa hadapan.

Tepuk dada, tanya selera. Percayalah, Usaha tangga kejayaan. Pecahkan ruyung, dan dapatkan sagunya. Sesuatu yang kita mulakan dengan minat yang mendalam dan disusuli dengan usaha yang berterusan, InsyaAllah, akan ada hasilnya. 

I Love Nuffnang (Credit Picture to My-Alia )

Bulan ini genaplah 2 tahun bersama Nuffnang. Juga genaplah 2 tahun saya aktif berblog. Lambat pula entry tahun ini jika dibandingkan dengan tahun lepas [ My 1st Anniversary with Nuffnang ] . 2 tahun bersama Nuffnang telah banyak mematangkan saya tentang dunia blog ini. Well, saya masih merasakan I’m a beginner di dunia blogging ni…. 

Random things about me/Nuffnang selama 2 tahun ini :


1) Persahabatan yang dibina

Persahabatan yang dibina especially melalui Events bersama Nuffnang memang tiada tolok gantinya. Walaupun tahun ini, agak sepi sedikit events Nuffnang, namun keakraban/persahabatan tetap terjalin. Sehinggalah, tertubuhnya secara rasmi :


Setakat ini, ada 18 rakan bloggers yang diketuai oleh Kak Ina KL. Most of us adalah rakan-rakan bloggers yang selalu berjumpa di events Nuffnang, sukakan events, dan Nuffnangers. 

2) Events yang Mempesona

One of the main reason I really love/like Nuffnang adalah kerana eventsnya yang memang best…. Cam tahun ini dapat VIP treatment tengok Sesi Latihan Chelsea . 


Memang speechless, terharu, dan gembira. I know, I know, I’m not a popular blogger, rupa pun takde,badan tak berketak2,1 pax saje yang ada, misai kata Je Jai boleh buat tanglung. Bila terpilih, ianya suatu yang amat menggembirakan….

Oh, saya calonkan Kak Ina KL sebagai Nuffnang Featured Blogger untuk bulan-bulan mendatang. Memang sukar dicari blogger sepertinya.

4) Hadiah Contest

IPAD 2, Pakej Percutian Honeymoon ke Kota Kinabalu di Hotel 4 Bintang, LG HD TV,Handphone antara hadiah yang pernah saya menangi bersama Contest dari Nuffnang. Thanks a lot, seronokkk…tak sangka dapat berpeluang memenangi pelbagai hadiah.



Tipu la kan kalau tak teruja terima Advertorial dari Nuffnang. Umm, bukan mudah nak dapat advertorial, dan bukan mudah juga untuk menghasilkan entry Advertorial yang digemari pembaca dan juga Advertiser. Komitmen yang tinggi juga diperlukan. Kreativiti. Cubalah tanya bloggers yang pernah mendapatnya, easy said than done…Itulah yang boleh saya katakan.

6) Staff Nuffnang yang Peramah

Hello, can i speak to Eyriqazz? Hik3….Staff Nuffnang yang peramah dan mesra bloggers membuatkan saya terus gembira bersama Nuffnang. Yup, sayani pemalu orangnya, sikap ramah staff Nuffnang membuatkan saya berasa selesa. Ohh, Robb Chew antara ex-Nuffies yang memang mesra dan ramah . 


Hik3, “Thara said : Nak kene lesingggg niii! . Hik3, tengok tu, nampak Nuffnang masih sayangkan saya, Thara @ Staff Nuffnang yang menjadi pengomen pertama di entry itu. Manakan mungkin semudah itu saya meninggalkan Nuffnang yang telah banyak memberikan kegembiraan kepada saya. Ohh Thara, get well soon.. We all really Miss U, Mrs Thara Yang Hot

8) Sandiwara Dunia Blog

Melalui event dan berblogging bersama Nuffnang, hik3, memang diakui banyak sandiwara dalam dunia blog ini. Depan pijak semut pun tak mati, belakang mati-mati tikam , menipu untuk kepentingan peribadi, Kacang Lupakan Kulit, dan etc, adalah perkara biasa. For me, terpulanglah kepada diri sendiri, kepopularan berblog etc tidak ke mana, bukannya artis kan? Roda ini pun bulat, tak selama-lamanya kita akan berada di atas kan?

9) Income Blogging

Tipulah kan , kalau tak gembira dapat wang? Especially kalau dapat duit/Income dari sesuatu yang kita minat… Thanks Nuffnang, Income Nuffnang sedikit sebanyak telah banyak membantu saya especially dalam menunaikan hasrat Si Isteri on Her Special Occasion i.e. Birthday, Anniversary, etc… 


10) There Are Something Money Can’t Buy

Kegembiraan saya bersama Nuffnang bukannya boleh diukur dengan wang ringgit.Tepuk dada, tanya selera… Mungkin citarasa masing-masing berbeza, namun kalau sudah sukakan ia dan ianya menepati citarasa anda, itulah yang sebaiknya kan? For me, Itulah Kesimpulan saya 2 tahun bersama Nuffnang, banyak kelebihan bersamanya yang sukar say perolehi selama ini…. 

Panjang pula entry kali ini, hik3…ini untuk eyriqazz baca seorang diri di malam hari…Nasihat saya buat bloggers di luar sana, “Tepuk Dada, Tanya Selera”. Sejauh mana kita pergi, Ingatlah Asal Usul, jangan jadi seperti “Sang Merak” yang terus sombong apabila dibuai dengan kecantikan. Ataupun Sang Kacang yang lupakan kulitnya apabila di Ngap Oleh Je Jai

2 tahun bersama Nuffnang gembira hati
Pengalaman menguja sukar ditukar ganti
Tepuk dada, tanya selera, tanya Hati
Kalau Hati Sudah berkenan, Lisa Surihani pun ditolak ke tepi

***Itulah Ibarat 2 tahun bersama Nuffnang, pengalaman menguja sudah semesti

about

Dikenali dengan panggilan Eyriqazz di alam maya, Seorang Pegawai Bank, Suami kepada Guru dan Bapa kepada 3 orang cahaya mata. More About Eyriqazz »