tips pelaburan hartanah

Penyewa Bagus, Hati Tenang. Rumah sewa Eyriqazz, lebih kurang setahun setengah disewakan. So far, memang bagus. Penyewa bayar on time, tak banyak kerenah, dan senang berurusan. Baru-baru ini, ada barang rosak di rumah sewa :

IMG_0796

Air Compressor Aircond rosak, Eyriqazz kata tolak sewa bulanan. Instead, penyewa cakap dia akan bayarkan. Fuhh, memang untung dapat penyewa camni. Kerosakan di rumah selama ini tidak pernah menyusahkan Eyriqazz. Instead, ditambahkan lagi Kitchen Kabinet dan terbaru minta permission nak tambahkan Aircond di salah satu bilik, kos ditanggung mereka sendiri.

Memang beruntung dalam Pelaburan Hartanah dapat penyewa camni. Sekadar perkongsian, Tips Menilai Bakal Penyewa yang turut dikongsikan di Jangan Baca Buku Ini :

1) Ketepatan Masa
2) Penampilan Diri
3) Gaya Pertuturan
4) Rupa Paras

Tips yang No. 1 dan 3 tu memang Eyriqazz praktikkan semasa memilih Bakal Penyewa dulu. Alhamdulillah, short term pain shortlisted bakal penyewa memberikan Long Term Gain. Hati tenang, Duit Masuk, CashFlow bertambah, bolehla merancang untuk Pelaburan Hartanah seterusnya.

P.s : Pentingke  Menilai Bakal Penyewa ? Kongsi-kongsikan…

{ 21 comments }

Jangan Baca Buku Ini

by eyriqazz on 12 March 2013

in tips pelaburan hartanah

photo

Jangan Baca Buku Ini, buku yang ditulis oleh AbangEnsem.Com, salah seorang Pelabur Hartanah Berjaya di Malaysia dan salah seorang sifu Eyriqazz.Antara yang dikongsikan di buku ini :

- Informasi Ringkas Pelaburan Hartanah
- Tips-Tips Pelaburan Hartanah
- Tips Pengurusan Penyewa
- Tips tentang Peguam & Khidmat Guaman
- Tips tentang Pinjaman Bank

Setakat entry ini ditulis, sudah lebih 1,000 buah buku sudahpun terjual. Fuhh, memang mendapat sambutan yang menggalakkan buku yang ditulis oleh Blogger Perasan Ensem dan misai menggoda ini.

Review eyriqazz ( baru berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah) : Dah habis baca.. Ringkas, padat, straight to the point.. Memang saya rekomenkan buat sesiapa yang nak berjinak2 dengan pelaburan hartanah ataupun bercadang untuk membeli rumah. Banyak tips dan informasi menarik yang dirumuskan dengan ringkas dan padat. Kalau dari awal beli buku ini dulu, takdela susah sangat nak “mengoogle dan tanya sana sini” untuk pembelian rumah. Perkongsian yang dikongsikan melalui pengalaman peribadi Bro Abang Ensem yang kini memiliki 14 buah rumah membuatkan “Tips-tips tersebut lebih bernyawa dan mudah difahami”. In Shaa Allah, akan dijadikan panduan untuk memiliki rumah ketiga kami nanti.

Testimoni dari Dr. Shah Razali (Jurulatih Hartanah #1 Malaysia)  - Mudah dan santai. Memang lengkap dengan tip-tip yang perlu difahami dan diketahui oleh mereka yang nak melabur di dalam hartanah.

Berminat nak dapatkan buku ini? Harga RM25 (termasuk rm3 kos penghantaran). Berminat bolehla e-mailkan eyriqazz di iman1237@hotmail.com .

{ 27 comments }

Sambungan dari entri (Teaser) Mega Hartanah Bumiputera. Mega Hartanah Bumiputera yang julung kali diadakan ini sempat saya hadiri weekend yang lepas. Speaker yang pertama adalah Pakcik goyang dengan tajuknya Evolusi Kekayaan Menerusi Pelaburan Rumah Subsale :
 

Bikin goyang dibuatnya Pakcik goyang dengan kehadiran lebih dari 200+ Peserta Seminar

AE : Sebelum saya berikan seminar, izinkan saya menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk ” Ramalanku Benar Belaka
 
As usual, trademark unik dia yang menampilkan gaya ala-ala gatal. Sebenarnya tidak, inilah salah satu caranya bagi menarik perhatian audiance yang pelbagai usia.
14 Buah Rumah yang dimilikinya kini..Idea tercetus sejurus menamatkan pengajian di Uitm.
 
Jadi student, rumah semestinya suatu kemestian ketika belajar kan? Bijak merebut peluang, itulah yang dilakukan oleh AE.

 


Kenapa Hartanah?
 
Suka cara AE berkongsi pengalaman peribadi berkongsikan pengalamannya yang pernah Invest in Gold, saham, dan pelbagai lagi. Instrument hartanah adalah instrument yang paling sesuai dengannya dan mampu memberikan hasil yang lebih memuaskan dan kenapa dia memilih hartanah.

Matlamat & Strategi Pelaburan Hartanah
 
Mudah je konsep yang diberikan oleh AE. Mahu kaya, gunakan konsep flipping (beli dan jual). Mahu Senang, gunakan konsep beli dan sewa. Mahukan kedua-duanya, lakukan kedua-duanya. Eyriqazz? Masih baru nak berjinak-jinak, baru ada 1 rumah yang disewakan .

Tiada Modal?
 
Pinjam awek? Hutang Ah Long? Join MLM? Banyak cara lain bagi kumpulkan modal, misalnya :
 
1) Gunakan duit EPF (Rumah pertama boleh keluarkan akaun 2 duit EPF)
2) Pinjam dengan Ibubapa macam apa yang AE dan Eyriqazz lakukan.
3) Simpanan dan tabungan. Boleh praktikkan Tips Menabung Tabung Bunian
4) Praktikkan Tips Pelaburan Hartanah Tanpa Modal

Jeng,jeng…. Yang tiada boleh diadakan
Kenapa SubSale? (beli rumah dah siap )
 
Banyak kelebihan beli rumah subsale jika dibandingkan dengan beli rumah lelong ataupun Under Construction. Rumah kedua eyriqazz, misalnya, beli under subsale. Sign agreement, terus minta pindah rumah.  

WTF? Where, What & When to Find?
 
Lokasi strategik nak beli rumah sekarang, antaranya di lokasi “Laluan Naga”. Boleh refer entri sebelum ini. 

 


Harga Berpatutan? Boleh dapatke? 
 
Boleh, jika rajin mencari dan tidak cepat putus asa. Network pun penting.

Teknik pun kena ada untuk membeli rumah. Saya ada praktikkan di rumah kedua. Berhasil

Site viewing. Antara part paling penting dalam membeli rumah
 
Sistem perparitan,sistem pengaliran air, keadaan dalam dan luar rumah perlu diambil kira juga.

Bank : “Yes, we Are Ah Long with a License One”
Peminjam : “Please approve my loan”
 
Teknik mendapat kelulusan pinjaman bank turut dikongsikan oleh AE antaranya kedudukan kewangan yang baik (CCRIS), kemampuan membayar, debt service ratio, dan pelbagai lagi.Bolehla hadiri Seminar Hartanahnya in future kalau nak tahu lebih lanjut.

Kemampuan Membayar – Antara Part paling Penting untuk loan diluluskan
 
So, make sure CCRIS anda cantik. Bagi yang tiada pinjaman langsung, disarankan ambil kredit kad (use it wisely or guna pada amount yang minimum). At least, adalah rekod. Bank sekarang ni agak reluctant utk kasi pinjaman perumahan dekat individu yang tiada rekod pinjaman langsung macam apa yang terjadi dekat adik ipar Eyriqazz.
 
Overall, saya berikan rating 8.5/10 untuk talk dari Abang Ensem ini. Banyak tips dan informasi berkenaan Pelaburan Hartanah yang dikongsikan. Juga kagum dengan Peserta Seminar. Lebih kurang dalam 30 orang peserta seminar yang sudah memiliki 4 buah rumah ke atas namun masih menghadiri seminar sebegini. Yup, mereka pun dahagakan ilmu dari Otai-Otai Hartanah seperti AE ini. 
 
P.s : What’s Next? Kenalah Praktikkan Ilmu yang dipelajari. Bak kata Ariff Shah, Tak Guna Belajar Teori Kalau tak Praktikkan

{ 13 comments }