tips kewangan

Rahsia Menabung RM45,000

by eyriqazz on 24 March 2013

in tips, tips kewangan

savings-4

Adik, anytime adik dah boleh nak kahwin. Duit Simpanan Adik dalam Tabung Haji Mama simpankan sudah RM45,000, kata mak mertuaku. Curious, Adik Ipar lelaki yang tinggal bersamaku kini sudah berjaya mengumpul RM45,000 dalam tempoh 7 tahun. Fuhh, kagum. Gaji adik ipar ketika mula bekerja hanyalah around Rm2,000 dan sekarang mencecah RM3,000 namun sudah berjaya menyimpan sebanyak itu.

Apakah Rahsianya? Eyriqazz kongsikan rahsia menabung adik Ipar di sini :

1) Force Saving/ Tips Menabung Tabung Bunian 
-  Sejak mula bekerja adik ipar memberi RM500 kepada Mak Mertua. RM200 untuk Mak/Bapa Mertua, RM300 untuk simpanannya. Buku Akaun Tabung Haji disimpan oleh Mak Mertua jadi duit tak boleh keluar in case of emergency. Mak Mertua tidak ambil bahagiannya, semua disimpan di dalam Akaun Tabung Haji Adik Ipar. 7 tahun x RM500 x 12 = RM42,000. Tambah dividen dan simpanan yang dah ada, dapatla dalam RM45,000.

2) Berjimat Cermat
- Mudahke nak kasi Rm500 dengan balance yang tinggal? Adik Ipar memang pandai berjimat-cermat. Instead of tinggal di rumah sewa, dia tinggal dengan kami. Jadi dapatla menyimpan lebih sikit save elektrik, air, etc. Ehh, Adik Ipar kasi duit kat kami juga, RM300 sebulan untuk tambah apa yang patut, RM200 untuk PTPTN nya.

3) Ukur Baju Pada Badan Sendiri
- Adik Ipar Ukur Baju pada Badan Sendiri. Satu part yang saya kagum, adik ipar tiada kredit kad. Remaja dan Golongan Muda-Muda kini ramai yang terperangkap dengan jerat Kredit Kad, instead of menabung, sibuk membayar Interest Kredit Kad.

4) Bijak Merancang
- Fail to Plan, Plan to Fail. Adik Ipar sudah beli sebuah rumah di Shah Alam. Loan bersama dengan rakannya. Walaupun agak risky, namun jika ianya berjaya boleh dapat pulangan yang memuaskan. Completion hujung tahun ini dengan harga semasa kenaikan lebih kurang RM50 ribu dari harga yang dibeli . Jadi jika dijual, tolak-tolak RPGT dan early settlement, tetap dapat dalam RM10,000 seorang.

Betulla kata orang, nak menabung, “Kena Pay Yourself First dan kena ada disiplin yang kuat. The rest will come….. Apa kata anda?

{ 52 comments }

 
What will I do jika saya berada di situasi Mrs X seperti di entri INI. Ringkasan permasalahannya :
 
Mrs X Berjaya mendapatkan bantuan AKPK untuk masalah pinjaman peribadi dan kredit kadnya yang tertunggak 4 bulan. Saya rasakan AKPK membantu dalam mengurangkan jumlah bayaran balik tersebut. Satu lagi masalah timbul berkenaan Pinjaman Kereta yang diambil menggunakan nama adik ipar dan sedang digunakannya kini dan pinjaman tersebut menggunakan slip gaji palsu yang dibuat oleh penjual kereta. Apa yang perlu Mrs X buat?
 
Cadangan Eyriqazz :
1) Langkah 1 – Berbincang dengan Pihak Bank
- Bawa adik ipar berbincang dengan pihak bank. Adik ipar wajib hadir kerana most bank tidak akan melayan proposal dari third party. Ceritakan kisah sebenar (mungkin boleh tinggalkan part slip gaji palsu tu). Inform bank yang anda dalam masalah kewangan dan mahu reschedule/restructure the loan berdasarkan kemampuan sekarang. I.e. dari RM500 kepada RM300. Lakukan seberapa segera kerana jika legal action sudah diambil, semakin sukar proposal anda untuk diterima pihak bank.
Sekiranya bank bersetuju, selesai masalah. Jika bank tidak bersetuju, minta bantuan khidmat LINK Bank Negara Malaysia, FMB (Financial Mediation Bureau) ataupun bolehla jumpa AKPK . In this case, still adik ipar anda kena mainkan peranan.
 
2) Langkah 2 – Kurang Perbelanjaan, Tingkatkan Pendapatan
- Hendak atau tidak, kenala planning semula perbelanjaan dan pendapatan bulanan. Tengok balik perbelanjaan dan cuba kurangkan perbelanjaan yang boleh dijimatkan i.e. Astro, bawa bekal dari rumah, dan sebagainya. Tingkatkan pendapatan, cuba bina side Income . Banyak sumber pendapatan yang boleh dijana dari rumah i.e. berblog, Program Affiliate, menjual produk online atau buat bisnes kecil-kecilan. Simpanan itu penting,start small i.e. dari RM1 sehari. Boleh praktikkan Tips Menabung Tabung Bunian ini juga.
 
P.s :  Apa pula pandangan anda? What will you do kalau anda berada di situasi Mrs X?

{ 18 comments }

48 hours sponsored post. Scroll down for latest entries.
 
Pernah dengar tak pasal Kopitiam Ekonomi? Agak menarik dan catchy bunyinya. Ada apa di Kopitiam Ekonomi ini sebenarnya? Sempatla saya surfing lebih dari sejam di Kopitiam Ekonomi ini. Secara ringkasnya, website ini berkongsi pelbagai informasi tentang ekonomi dan kepentingan menjaga ekonomi (sendiri) dan juga negara. Yang bestnya, Informasi di sini menggunakan “laymen term” or lebih mudah ayat-ayat orang biasa yang mudah difahami dan senang diingati. 
 

 
Ini salah satu video kegemaran saya, berkongsi informasi tentang “Standard/Kualiti Produk bagi menjenamakan produk tersebut dan lebih mendapat tarikan dari pengguna contohnya status Halal ,ISO 9002 . Kualiti memang penting kan bagi pengguna? Anologi kopi tarik yang digunakan agak menarik . Juga, anologi teh tarik kedai Mamak yang menggunakan teh yang kurang berkualiti, mampukah untuk pergi ke peringkat antarabangsa? . Pandangan saya, standard /kualiti in penting kerana ianya part of our daily life. Made in Malaysia, Made In China? Mana satu yang anda akan pilih?
 
Higher quality product gain International Recognition. Contohnya kasut yang direka oleh Jimmy Choo, produk halal Malaysia yang semakin mendapat tempat di pasaran antarabangsa (Yess, masa belajar di UK pun saya cari Kicap Cap Kipas Udang) dan barangan elektronik yang dihasilkan di Malaysia.
 
 
 
GDP vs GNI?. Apa Bezanya? Mana yang lagi penting? Fuhh,sebelum ni saya tidak tahu pula rupa-rupanya GNI itu lebih penting dari GDP (Gross Domestic Product vs Gross National Income).
 
Kopitiam Ekonomi : It’s All About the Money,Money, Money
“Sex was very easy at that time, Pelacur kelas Pertama dibayar menggunakan Kredit Kad”
 
Video di atas rasanya video kegemaran saya yang berkongsikan informasi dan pengalaman Seorang Pengguna yang terjebak dengan Hutang Kredit Kad . Nasib baik dengan bantuan AKPK dapat menyelamatkannya dari terus terjebak. Itupun kena terus membayar selama 20 tahun dan tidak boleh apply any loan within that period”
 

No Wonder, Ramai Gen Y dibebani dengan Masalah Hutang
 
One of the reason rasanya, ramai yang tidak begitu mahir dengan “Pengurusan Kewangan dan Ekonomi Sendiri’ . Seperti quote entri dari Kopitiam Ekonomi Ini , “ Making money is hard; spending money is an art.”. Nak simpan memang payah, nak habiskan , voilaa sekejap je… Umm, memang bagus Informasi yang dikongsikan dari Kopitiam Ekonomi ini dan pengalaman peribadi saya yang boleh saya relatekan dalam pengurusan ekonomi dan tips dari Kopitiam Ekonomi ini antaranya :
 
“Better Safe than Sorry, jangan gunakan dan apply jika kita tidak berdisiplin dan mampu menbayarnya in future”
Contoh di atas to name a few. Namun ianya tidak akan berjaya dan berkesan tanpa adanya “Financial Education dan juga Ilmu dalam Bidang Ekonomi dalam menguruskan hal kewangan peribadi, keluarga, syarikat, mahupun negara. Pandangan saya selepas surfing lebih dari 2 jam laman web Kopitiam Ekonomi ini, ianya antara platform terbaik yang boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan ilmu berkenaan ekonomi dan memperbaiki diri dalam kewangan cuma pandangan saya mungkin ianya boleh di dwibahasakan kerana ramai Rakyat Malaysia yang masih lagi belum fasih dalam berbahasa Inggeris.
 
Lebih lanjut, bolehla layari :
 
 
Official website Kopitiam Ekonomi  : http://kopitiamekonomi.com
Check it out Video Episod lain berkenaan Kopitiam Ekonomi di http://bit.ly/RKR4vP
 
Kopitiam Ekonomi – Belajar Ekonomi Sambil Minum Kopi
Banyak informasi dikongsi-kongsi
Invest in knowledge is the best sudah semesti
Jom sama-sama kita terjahi laman web ini
 
P.s : Apa pandangan anda tentang Kopitiam Ekonomi?

{ 27 comments }