tips

Penyewa Bagus, Hati Tenang. Rumah sewa Eyriqazz, lebih kurang setahun setengah disewakan. So far, memang bagus. Penyewa bayar on time, tak banyak kerenah, dan senang berurusan. Baru-baru ini, ada barang rosak di rumah sewa :

IMG_0796

Air Compressor Aircond rosak, Eyriqazz kata tolak sewa bulanan. Instead, penyewa cakap dia akan bayarkan. Fuhh, memang untung dapat penyewa camni. Kerosakan di rumah selama ini tidak pernah menyusahkan Eyriqazz. Instead, ditambahkan lagi Kitchen Kabinet dan terbaru minta permission nak tambahkan Aircond di salah satu bilik, kos ditanggung mereka sendiri.

Memang beruntung dalam Pelaburan Hartanah dapat penyewa camni. Sekadar perkongsian, Tips Menilai Bakal Penyewa yang turut dikongsikan di Jangan Baca Buku Ini :

1) Ketepatan Masa
2) Penampilan Diri
3) Gaya Pertuturan
4) Rupa Paras

Tips yang No. 1 dan 3 tu memang Eyriqazz praktikkan semasa memilih Bakal Penyewa dulu. Alhamdulillah, short term pain shortlisted bakal penyewa memberikan Long Term Gain. Hati tenang, Duit Masuk, CashFlow bertambah, bolehla merancang untuk Pelaburan Hartanah seterusnya.

P.s : Pentingke  Menilai Bakal Penyewa ? Kongsi-kongsikan…

{ 21 comments }

Rahsia Menabung RM45,000

by eyriqazz on 24 March 2013

in tips, tips kewangan

savings-4

Adik, anytime adik dah boleh nak kahwin. Duit Simpanan Adik dalam Tabung Haji Mama simpankan sudah RM45,000, kata mak mertuaku. Curious, Adik Ipar lelaki yang tinggal bersamaku kini sudah berjaya mengumpul RM45,000 dalam tempoh 7 tahun. Fuhh, kagum. Gaji adik ipar ketika mula bekerja hanyalah around Rm2,000 dan sekarang mencecah RM3,000 namun sudah berjaya menyimpan sebanyak itu.

Apakah Rahsianya? Eyriqazz kongsikan rahsia menabung adik Ipar di sini :

1) Force Saving/ Tips Menabung Tabung Bunian 
-  Sejak mula bekerja adik ipar memberi RM500 kepada Mak Mertua. RM200 untuk Mak/Bapa Mertua, RM300 untuk simpanannya. Buku Akaun Tabung Haji disimpan oleh Mak Mertua jadi duit tak boleh keluar in case of emergency. Mak Mertua tidak ambil bahagiannya, semua disimpan di dalam Akaun Tabung Haji Adik Ipar. 7 tahun x RM500 x 12 = RM42,000. Tambah dividen dan simpanan yang dah ada, dapatla dalam RM45,000.

2) Berjimat Cermat
- Mudahke nak kasi Rm500 dengan balance yang tinggal? Adik Ipar memang pandai berjimat-cermat. Instead of tinggal di rumah sewa, dia tinggal dengan kami. Jadi dapatla menyimpan lebih sikit save elektrik, air, etc. Ehh, Adik Ipar kasi duit kat kami juga, RM300 sebulan untuk tambah apa yang patut, RM200 untuk PTPTN nya.

3) Ukur Baju Pada Badan Sendiri
- Adik Ipar Ukur Baju pada Badan Sendiri. Satu part yang saya kagum, adik ipar tiada kredit kad. Remaja dan Golongan Muda-Muda kini ramai yang terperangkap dengan jerat Kredit Kad, instead of menabung, sibuk membayar Interest Kredit Kad.

4) Bijak Merancang
- Fail to Plan, Plan to Fail. Adik Ipar sudah beli sebuah rumah di Shah Alam. Loan bersama dengan rakannya. Walaupun agak risky, namun jika ianya berjaya boleh dapat pulangan yang memuaskan. Completion hujung tahun ini dengan harga semasa kenaikan lebih kurang RM50 ribu dari harga yang dibeli . Jadi jika dijual, tolak-tolak RPGT dan early settlement, tetap dapat dalam RM10,000 seorang.

Betulla kata orang, nak menabung, “Kena Pay Yourself First dan kena ada disiplin yang kuat. The rest will come….. Apa kata anda?

{ 52 comments }

 
What will I do jika saya berada di situasi Mrs X seperti di entri INI. Ringkasan permasalahannya :
 
Mrs X Berjaya mendapatkan bantuan AKPK untuk masalah pinjaman peribadi dan kredit kadnya yang tertunggak 4 bulan. Saya rasakan AKPK membantu dalam mengurangkan jumlah bayaran balik tersebut. Satu lagi masalah timbul berkenaan Pinjaman Kereta yang diambil menggunakan nama adik ipar dan sedang digunakannya kini dan pinjaman tersebut menggunakan slip gaji palsu yang dibuat oleh penjual kereta. Apa yang perlu Mrs X buat?
 
Cadangan Eyriqazz :
1) Langkah 1 – Berbincang dengan Pihak Bank
- Bawa adik ipar berbincang dengan pihak bank. Adik ipar wajib hadir kerana most bank tidak akan melayan proposal dari third party. Ceritakan kisah sebenar (mungkin boleh tinggalkan part slip gaji palsu tu). Inform bank yang anda dalam masalah kewangan dan mahu reschedule/restructure the loan berdasarkan kemampuan sekarang. I.e. dari RM500 kepada RM300. Lakukan seberapa segera kerana jika legal action sudah diambil, semakin sukar proposal anda untuk diterima pihak bank.
Sekiranya bank bersetuju, selesai masalah. Jika bank tidak bersetuju, minta bantuan khidmat LINK Bank Negara Malaysia, FMB (Financial Mediation Bureau) ataupun bolehla jumpa AKPK . In this case, still adik ipar anda kena mainkan peranan.
 
2) Langkah 2 – Kurang Perbelanjaan, Tingkatkan Pendapatan
- Hendak atau tidak, kenala planning semula perbelanjaan dan pendapatan bulanan. Tengok balik perbelanjaan dan cuba kurangkan perbelanjaan yang boleh dijimatkan i.e. Astro, bawa bekal dari rumah, dan sebagainya. Tingkatkan pendapatan, cuba bina side Income . Banyak sumber pendapatan yang boleh dijana dari rumah i.e. berblog, Program Affiliate, menjual produk online atau buat bisnes kecil-kecilan. Simpanan itu penting,start small i.e. dari RM1 sehari. Boleh praktikkan Tips Menabung Tabung Bunian ini juga.
 
P.s :  Apa pula pandangan anda? What will you do kalau anda berada di situasi Mrs X?

{ 18 comments }