Isteri dan anak-anak memang penggemar Tutti Frutti. Beberapa hari lepas, sempatla singgah pekena Tutti Frutti di Danau Kota. Bukan main suka lagi Alisya, Azim dan Mamanya :

Kakak, Azim nak sikit. Azim minta dengan Mama laa. Alisya punya sikit je ni… Hik3, macam-macam keletah anak-anak.

Tengokla tu, bukan main berselera dia makan tutti frutti bila disuap mamanya. Yang kurang bestnya, tutti frutti ni mahal. RM5.30 untuk 100 gram. Sekali sekala bolehla singgah sini.

Tengokla si Kakak pula. Tak pandang kanan, pandang kiri. Nyam2, Papa nak?

Mama, Mama, Papa amik gambar. Huhuhu, pandai je tunjuk tangan kat Papa ya? Apalah yang tengah dicelotehkan oleh Isteriku kepada Alisya time ni.

3 beranak sedang menikmati Tutti Frutti Moments

Mama, Nak lagi, Nak Lagi…
Nyam2, sedapnya Mama… Nasib baik Papa tak Paww Sekali
by eyriqazz on 18 April 2013
in food
Semalam lunch di kafeteria milik syarikat , “Sayonara Makan-Makan” buat rakan sekerja yang baru saja berhenti. Inilah menu yang menjadi pilihan saya semalam :

Nasi Kabuli menjadi pilihan. Sedap juga, ayam yang rangup , nasi yang lembut. Yang part tak bestnya, takde kuah mana. Rasa kering. Habis sambal belacan dirembat dijadikan kuah. Harganya RM16+. Untuk staff dapat diskaun 30%+. Ada seorang Akak sekerja ni tegur, budak-budak Muda ni, asal makan, amik gambar makanan. Asal makan, ambil gambar dulu. Hik3, setidak2nya terasa juga diri ini muda apabila ditegur sebegitu kan? Hik3… 
Pencuci mulut pula, Embun Menitik. Memang sedap. Kalau singgah di sini, memang menu ini mesti menjadi pilihan. P.s : Dinner apa malam ini?
by eyriqazz on 18 April 2013
in food
Embun Menitik Juadah Terakhir
Rakan sekerja meninggalkan kami
Mungkin ini aturan takdir
Patah tumbuh sukar diganti
Tahun 2013 penuh emosi
Dugaan datang kanan dan kiri
Belum masanya untuk mengundurkan diri
Sindrom Kenadotan penawar dicari