azim

Makin Aktif dan Lasak

by eyriqazz on 14 May 2013

in azim, family

Azim dah masuk 1 tahun 1 bulan. Masih merangkak dan sudah boleh berdiri. Masih belum beranikan diri untuk berjalan. Merangkakpun, bukan main aktif dan lasak kini. Anak lelaki, kalau tak lasak, bukan lelaki namanya kan?

IMG_0007

Atas meja tv pun dipanjatnya. Mencari mainan agaknya. Risau juga kalau terjatuh. Adussh, rasanya ni mesti ikut perangai mamanya ni. Hik3.

IMG_0008

Dah jumpa dah mainan Azim. Papa letak la jauh-jauh lagi, Azim panjat dan ambil sendiri. Memang lasak anak-anak lelaki ni. Jenuh nak kejar ke sana ke mari.

IMG_0009

Bila time sebegini, kagum dengan kaum Ibu dan Bapa yang ada ramai anak lelaki. Misalnya Makcik Ini. No. 5 bakal menyusul tak lama lagi katanya. Tahniah diucapkan, patutla dah makin kurang aktif berblog sekarang ni? Aktif di Malam Jumaat pula rupanya ?

{ 0 comments }

Pra 1st Birthday Party Azim

by eyriqazz on 12 May 2013

in Alisya, azim, family

1st Birthday Azim 30

Balik kampung mengundi minggu lepas, sempatlah Joint Venture dengan Mak Saudara buat Pra 1st Birthday Party Azim bersama birthday anaknya. Plan nak buat di KL, tapi belum berkesempatan lagi ditambah isteri asyik ada sekolah ganti .

1st Birthday Azim 5

Ehh, ini birthday Azim or birthday kakak ni? Tak sangka, sama la pula pilihan kek. Last minute belikan dan rancang untuk Azim.

1st Birthday Azim 7

Azim dan Munirah, sepupu eyriqazz. Bila berkumpul ramai-ramai, memang meriah.

1st Birthday Azim 8

Permata hatiku, Azim. Belakang eyriqazz, Mak Ta eyriqazz, makcik eyriqazz. Alamak, kena berpinky la pula time ini.

1st Birthday Azim 10Mama, bila nak potong kek ni?

1st Birthday Azim 14Bersama Cousin2 Eyriqazz. Eyriqazz anak sulung, so cousin memang ramai

1st Birthday Azim 15Kek Angry Bird untuk Azim

1st Birthday Azim 18Alisya dan Munirah
1st Birthday Azim 19Bila nak tiup lilin ni? Ehh, mana lilin Azim?
1st Birthday Azim 27
Satu keluarga
1st Birthday Azim 28Birthday Girl bersama Kakak & Abang Long
1st Birthday Azim 29Azim dengan Tok Wan. Fuhh, fuhh, tok wan kenapa azim tiup lilin ni tak padam?

Happy Birthday Anakku, Azim….

{ 13 comments }

Tutti Frutti Moments

by eyriqazz on 21 April 2013

in Alisya, azim, family, food

Isteri dan anak-anak memang penggemar Tutti Frutti. Beberapa hari lepas, sempatla singgah pekena Tutti Frutti di Danau Kota. Bukan main suka lagi Alisya, Azim dan Mamanya :

Tutti Frutti Moments 1

Kakak, Azim nak sikit. Azim minta dengan Mama laa. Alisya punya sikit je ni… Hik3, macam-macam keletah anak-anak.

Tutti Frutti Moments 3

Tengokla tu, bukan main berselera dia makan tutti frutti bila disuap mamanya. Yang kurang bestnya, tutti frutti ni mahal. RM5.30 untuk 100 gram. Sekali sekala bolehla singgah sini.

Tutti Frutti Moments 5

Tengokla si Kakak pula. Tak pandang kanan, pandang kiri. Nyam2, Papa nak?

Tutti Frutti Moments 6

Mama, Mama, Papa amik gambar. Huhuhu, pandai je tunjuk tangan kat Papa ya? Apalah yang tengah dicelotehkan oleh Isteriku kepada Alisya time ni.

Tutti Frutti Moments 8

3 beranak sedang menikmati Tutti Frutti Moments

Tutti Frutti Moments 10
Mama, Nak lagi, Nak Lagi…

Tutti Frutti Moments 11Nyam2, sedapnya Mama… Nasib baik Papa tak Paww Sekali

{ 19 comments }