≡ Menu

Alisya

2 tahun di Children Islamic Centre (CIC), tahun ini kami berubah angin hantarkan Alisya ke Smart Reader Kids. Feedback minggu pertama dari Alisya –

IMG_8330

Cikgu lagi best, kawan-kawan lagi best, belajar lagi best

Alhamdulillah, anak suka belajar di tempat baru. Mana-mana tempat pun, tentu ada pro n cons nya kan? Ambil yang positif, buangkan jauh-jauh yang negatif. In Shaa Allah, akan lebih maju ke hadapan.

P.s : Betul la kata cikgu-cikgu dulu, zaman paling best adalah zaman belajar. Betoi tak?

IMG_8293

Alhamdulillah, dah mula hantar Alisya belajar mengaji. Hari pertama, kami kena temankan sepanjang masa. Hari kedua, si adik, Azim temankan. Hari ketiga, dia sudah ok dan tidak perlu kami or Azim temankan. Sudah mula serasi dan jumpa rakan-rakan baru. Syukur ke hadrat Illahi, anak sulung suka dan seronok belajar mengaji.

Dah masuk enam tahun, turut kami tukarkan Pre School nya. 2 tahun di CIC, kali ini kami ambil keputusan untuk tukarkannya ke Smart Reader. Feedback dari rakan sepejabat dan faktor-faktor lain membuatkan saya tukarkan sekolahnya. Personally, saya Ok untuk bayar lebih sikit asalkan Alisya seronok dan dia getting better.

2015 tahun yang mencabar. Kena Usaha lebih dalam mencari Rezeki. Kena praktikkan Rahsia Murah Rezeki dan tidak mudah putus asa.

P.s : Apa cita-cita tahun ini?

Semasa menghantar Mak Mertua pulang ke kampung menaiki Bas dari Grenwood, Gombak, sempatla singgah di Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir Kelantan. Lokasinya tak jauh dari stesen minyak Shell dan tempat menunggu bas ekspress Greenwood.

Bantuan Mangsa Banjir 2014 1

Sambil menanti bas, sempatla Isteri dan anak-anak join sekaki bantu mana yang patut.

Bantuan Mangsa Banjir 2014 2

Abang, Plastik Beras dah habis. Aksi seorang guru

Bantuan Mangsa Banjir 2014 5

Saya kagum dengan semangat volunteer yang bertungkus lumus membantu

Bantuan Mangsa Banjir 2014 7

Pakaian untuk mangsa-mangsa banjir. Dilabelkan untuk memudahkan sorting nanti

Bantuan Mangsa Banjir 2014 9

Ditamatkan secara rasmi hari ini

Bantuan Mangsa Banjir 2014 12

Antara barangan antaranya beras, biskut, maggi, sabun, dan pelbagai keperluan asas yang lain

Bantuan Mangsa Banjir 2014 13

Rahsia Keajaiban Sedekah. Jangan dipandang ringan.

Bantuan Mangsa Banjir 2014 14

Jam 10 malam lebih. Antara kenderaan pacuan 4 roda yang digunakan untuk menghantar bantuan banjir ke Kelantan

Bantuan Mangsa Banjir 2014 18

Anak-anak yang half kelantan, half terengganu. Hehehe

Bantuan Mangsa Banjir 2014 19

Bantuan Rela melicinkan kerja

Bantuan Mangsa Banjir 2014 20

Packaging barangan keperluan.

Satu inisiatif yang patut dipuji. Yerla, roda kehidupan tidak selalunya kita di atas. Sekarang time dia, entah esok lusa, time kita pula. Banjir terburuk 2014, Ibu  Mertua pun turut menerima tempiasnya sama.

Sama-sama hidupkan untuk memberi. Rahsia Sedekah jika dipraktikkan, In Shaa Allah hati lebih tenang dan rezeki dimurahkan.

Cuti Cuti Melaka 2014 111

Short vacation ke Melaka,sempatla bawa isteri dan keluarga bercuti di Melaka sebelum cuti sekolah habis.

Cuti Cuti Melaka 2014 3

1) Tempat Menarik Pertama – Agro FarmStay, Melaka

Kami menginap di Agro FarmStay, Melaka. Bilik 2 katil double decker dan 2 katil single. Anak-anak excited, pengalaman pertama menginap ada katil double decker.

Cuti Cuti Melaka 2014 8

AgroFarmStay @ Skill-Tech Bloggers Day. Kata-kata aluan buat rakan-rakan bloggers yang datang dari Pengarah Agro FarmStay, Encik Ahmad Bashiruddin. First impression, nampak agak skema. Dah kenal dan borak-borak, happy go lucky dan berfikiran ke hadapan. Medium blogging memang boleh membantu memasarkan dan mempromosikan tempat sebegini dengan kos yang lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan iklan tv, radio or suratkhabar.

Cuti Cuti Melaka 2014 12

Blogger Ben Ashaari, pembuka bicara buat rakan-rakan bloggers. Salah seorang rakan bloggers yang cukup saya kagumi. Tidak sombong dan telah banyak membantu ramai rakan-rakan bloggers naik bermula dari A sehinggalah menjadi salah seorang Top Bloggers Malaysia. Kelab Blogger Ben Ashaari yang diilhamkan dari ideanya, telah banyak membantu dan merapatkan hubungan sesama bloggers. Good job bro. 

Cuti Cuti Melaka 2014 16

Salah satu kelebihan di bercuti di sini. Percutian ala-ala kampung dengan suasana kampung. Pagi-pagi dapat melihat itik-itik dan pemandangan kampung yang menghijau.

Cuti Cuti Melaka 2014 17

Acara teambuilding pun sesuai diadakan di sini dengan pelbagai aktiviti outdoor yang boleh dilakukan.


Cuti Cuti Melaka 2014 24

Jiwa tetiba rasa muda dapat join rakan-rakan bloggers main pelbagai games yang dianjurkan di hari kedua antaranya boling kelapa, sambut belon air, etc. Boleh baca entri rakan bloggers ini untuk lebih lanjut –> Sukaneka di AgroFarmStay Melaka

Cuti Cuti Melaka 2014 30

Swimming pool pun ada. Heheh, kali ini tak sempat mandi swimming pool. Anak-anak sempat juga mandi swimming pool .

Cuti Cuti Melaka 2014 38

Kuda, antara binatang yang turut dipelihara di sini. Yang ni Jantan nama diberi.

Murakan2 blogger

Antara rakan-rakan bloggers yang turut serta (Kredit gambar Kelab Blogger Ben Ashaari )

2) Tempat Menarik Kedua – Ikan Bakar Muara Sungai Duyong

Sambil-sambil bercuti di Melaka, sempat juga singgah beberapa tempat menarik di Melaka, i.e. tak sah kalau tak pekena seafood kan? Kali ini saya dan family menyinggah di Muara Sungai Duyong. For me, personally tempat ini, seafoodnya lebih sedap jika dibandingkan di Umbai, Melaka.

Cuti Cuti Melaka 2014 72

Favourite saya, Pepahat.

Cuti Cuti Melaka 2014 74

Taknak hampakan biras yang tengah pregnant, mengidam lala. 

Cuti Cuti Melaka 2014 75

Ini pilihan isteri, Prawn Butter. Serius yummy.

Cuti Cuti Melaka 2014 76

Ketam masak cili. Pilihan isteri juga. Add on , ikan bakar size besar untuk juadah 4 orang dewasa.

Cuti Cuti Melaka 2014 84

Action speak for itself. Licin. Total kos, RM130+. For me, agak berpatutan dengan pelbagai pilihan seafood, air 2 juga, nasi dan juga nasi lemak. Adik ipar puas hati, kami pun sama.

Cuti Cuti Melaka 2014 94

Kenyang perut ,puas hati. Balik tidur lena. Anak-anak bukan main seronok dapat tidur katil double decker. 

3) Tempat Menarik Ketiga – Klebang Original Coconut Shake

Cuti Cuti Melaka 2014 99

On the way balik KL, sempat menyinggal pekena Coconunt Shake Pantai Klebang. 

Cuti Cuti Melaka 2014 108

Indah Khabar, Indah rupa. Memang sedap. Siap saya dan isteri order dua gelas seorang. Hehehe, habis licin.

Cuti Cuti Melaka 2014 111

Kalau nak bungkus beratur di luar. Memang ramai orang berkunjung. Harga pun berpatutan. Special RM2.20 (makan di dalam), RM2.50 untuk yang bungkus bawa balik.

Gembira Percutian di Melaka. Salah satu destinasi wajib bagi kami sekeluarga setiap tahun. Entri penuh akan menyusul kemudian jika tiada aral melintang.

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Melaka, saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan dan kadang-kadang boleh dapat hotel yang sudah full book kalau call, tapi masih available di website ini.

Santai di Pantai 5

Semasa majlis Aqiqah Ariana yang lepas, anak-anak buah isteri pun datang sekali. Sempatlah singgah pekena Keropok Lekor di tepi Pantai. Santai di Pantai 1 Orang kampung vs Orang Bandar bila jumpa Pantai. Nampak tak perbezaan di situ? Santai di Pantai 2 Senyum-senyum. Santai di Pantai 3   Papa, Jom la Papa. Alisya takut pasir. Hehehe… Santai di Pantai 4 Kedai keropok lekor sambil pekena ikan celup tepung. Memang best. Santai di Pantai 5   Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, emas di bawa pulang, batu pun berguna lagi.

about

Dikenali dengan panggilan Eyriqazz di alam maya, Seorang Pegawai Bank, Suami kepada Guru dan Bapa kepada 3 orang cahaya mata. More About Eyriqazz »