Tabung Simpanan Terbaik untuk Anak-anak

Anak-anak makin membesar, tentu terfikir apakah tabung simpanan yang terbaik untuk mereka. Nak simpan mana? Asb, tabung haji, sspn i, emas, etc.

Tiada right or wrong answer, antara option tabung simpanan untuk anak-anak antaranya –

1) Tabung Haji
✅ Kelebihan – Patuh syariah, konsisten dividen, zakat on dividen sudah terus ditolak dan boleh dijadikan sebagai 2 in 1 objektif, ie untuk simpanan menunaikan haji anak-anak dan juga simpanan
✅ Kekurangan – Perlukan disiplin yang tinggi. Kadang-kadang mak ayah ada temptation untuk keluarkan simpanan tersebut sebelum objektif dicapai especially bila berlaku maslaah kewangan.

2) ASB
✅ Kelebihan – Konsisten return, dividen lingkungan 7-9% setahun.
✅ Kekurangan – Sama seperti no. 1 dan belum 100% patuh syariah.

3) SSPN-i
✅ Kelebihan – Dapat pelepasan cukai sekitar RM6,000 setahun
✅ Kekurangan – Kadar dividen yang rendah, bawah 5% kebiasaannya

4) Emas
✅ Kelebihan – Emas terbukti kalis inflasi untuk jangka masa panjang.
✅ Kekurangan – Perlukan space untuk menyimpan emas tersebut

5) Hartanah
✅ Kelebihan – Aset yang meningkat in value pada jangka masa paniang. Kombinasi duit sendiri dan Duit orang lain (DOL) dapat dipraktikkan. Return on investment yang tinggi
✅ Kekurangan – Perlukan modal yang lebih besar ie dalam 15% dari harga rumah, lambat untuk dicairkan, perlukan skills ie on tenant management, pengurusan aliran tunai, etc

6) Unit Amanah/Unit trust
✅ Kelebihan – Potensi return 8-15% setahun untuk jangka masa panjang sekiranya di managekan dengan betul
✅ Kekurangan – Perlukan agent atau diri sendiri yang lebih aktif dalam reviewkan performance dan buat keputusan ie bila masa nak membeli, jual dan switching bagi memaksimakan return.

7) Saham
✅ Kelebihan – Potensi return yang tinggi daripada kenaikan harga saham dan dividen.
✅ Kekurangan – Perlukan skills dan ilmu yang tinggi. High risk bagi yang tidak/kurang berilmu.

Personally, untuk anak-anak saya, saya menyimpan di Tabung Bunian via Tabung Haji, Emas dan juga Hartanah.

Owhh ya, sebelum menabung untuk anak-anak dinasihatkan juga sediakan Tabung HOLDING POWER untuk mak ayah. Sekiranya berlaku ancaman kewangan ke atas mak ayah (kematian, cacat kekal, sakit kritikal) nasib anak-anak dari segi kewangan lebih terbela.

Tak lupa juga, tabung medical card untuk anak-anak. Ketika mereka masih kecil, bayaran bulanan masih rendah dan ketika ini risiko sudah ada penyakit sedia ada lebih rendah dan high chance for approval untuk medical card jika dibandingkan dengan mak ayah yang baru nak ambil medical card untuk diri sendiri.

Tepuk dada, tanya selera. Don’t be selfish. Fikirkan masa depan untuk anak-anak.

SHARE jika bermanfaat

#konsisten
#fokus
#iycsbapprentice
#teamlonerenger
#PowerKewanganPowerPelaburan

~ImanGto~
Apprentice IYCSB & Financial Consultant
wasap.my/60139263127

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

1 thought on “Tabung Simpanan Terbaik untuk Anak-anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.