Kesan Viral Tun Mahathir – Supplement Berocca

Finally, selepas singgah beberapa buah farmasi, baru la dapat membeli supplement berocca, viral selepas gambar supplement ini bersama Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia.

Beli di Watson, time ni tinggal dalam 4 kotak lagi. Fuh memang laris selepas diviralkan Tun Mahathir.

Sekotak dalam RM26.39 ada dalam 15 biji tablet atau lebih kurang RM1.80 setablet. Perisa mangga, not bad. Rasanya lebih kurang macam vitamin C. Memang berocca ni pun campuran vitamin B, Vitamin C, Kalsium , Magnesium dan Zinc iaitu antara sumber-sumber penting yang diperlukan oleh badan especially bagi mereka yang kurang aktif bersukan dan kurang menjaga pemakanan.

Sedap ke? OK la, kena dengan tekak saya. Hehehe. Try dulu, kalau ok boleh beli lagi kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

4 thoughts on “Kesan Viral Tun Mahathir – Supplement Berocca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.