Anak Muda Perlu Tahu 5C Ini Supaya Pembiayaan Perumahan Senang Lulus

Ramai yang kata bank susah nak luluskan pembiayaan perumahan. Betul ke?”

Bank orang berniaga. Mereka hanya mahu berniaga dengan orang yang mampu memberi mereka untung dan yang mahu mendapatkan keuntungan.

Memang betul bank makin berhati-hati untuk meluluskan permohonan pembiayaan perumahan. Tapi, jika kau mempunyai kewangan yang kuat dan kukuh, bank pula akan menawarkan pembiayaan kepada kau.

Ramai tak layak dapat pembiayaan perumahan sebab tak analisa kewangan sendiri.

Jom baca apa 5C yang perlu kau orang ada sebelum memohon pembiayaan perumahan;

1. Character (Siapa Anda)
Asal, pekerjaan, rekod kewangan, sumber pendapatan. Adakah kau pembayar pembiayaan yang baik? Adakah pendapatan kau mampu untuk membayar ansuran. Adakah kau individu yang berisiko seperti sering bertukar tempat kerja? Umur lebih 35 tahun? Ataupun laporan CCRIS koyak?
.

2. Collateral (Jaminan/Cagaran/Sekuriti)
Kalau nak beli rumah pertama, jaminan cagaran adalah rumah kau. Jika kau tak mampu, bank akan ambil balik. Jadi, rumah yang kau nak beli haruslah ada nilainya yang tersendiri. Kalau rumah kau orang kena lelong, peluang untuk mendapatkan pembiayaan sekali lagi memang tipis.
.

3. Capacity (Keupayaan Bayaran Balik)
Keupayaan kau orang untuk membayar balik pembiayaan yang telah diberi. Bagaimana kau nak buktikan kau orang mampu bayar balik. Kau juga dinilai berdasarkan rekod pembayaran balik melalui laporan CCRIS. Jika rekod pembayaran balik kau barai, kau kena baiki dulu.
.

4. Conditions (Syarat-syarat)
Syarat-syarat yang bank tetapkan. Ketahui S.O.P mereka. Komitmen hutang kau yang lain. Berapa Debt Service Ratio (DSR) kau orang. Pastikan DSR bawah 70%.
.

5. Capital (Modal)
Kalau nak beli rumah, pastikan ada modal yang mencukupi. Segala aset, simpanan, keuntungan pelaburan, ASB, Tabung Haji semua boleh dijadikan modal untuk menunjukkan kau orang memang mempunyai modal yang kuat. Katakan pembiayaan perumahan pertama bank hanya bagi 85%. Jadi, kau kena ada back up plan.

Jadi, belilah rumah banyak mana pun kalau kau mahu. Selagi kau boleh buktikan yang kau tak perlu bayar ansuran dan orang lain yang tolong bayarkan rumah tersebut. Kau kena ada dokumentasi yang lengkap. Segala transaksi pembayaran kena telus, tepat mengikut isi kandungan dokumentasi.

Pegawai bank lagi suka jika ada seseorang yang berkemampuan untuk mereka luluskan pembiayaan perumahan. Dapat banyak komisen.

Sekarang tengok kewangan sendiri. Baiki profil kewangan. Tambahkan simpanan. Jangan nak salahkan orang sebab mampu beli rumah banyak padahal ansuran kereta kau pun dah mampu beli dua buah rumah. Kah!

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Anak Muda Perlu Tahu 5C Ini Supaya Pembiayaan Perumahan Senang Lulus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.