Pengalaman dengan Pemandu Grab

Lunch bulan lepas  naik Grab dengan rakan-rakan ofis. sempatla borak-borak dengan pemandu grab ni –

Pemandu grab ni bawa alza. Dulu bawa teksi dalam 7 tahun katanya. Nekad bertukar dari teksi ke grab as masa bulan-bulan terakhir bawa teksi hanya mampu dapat dalam rm50 je sehari. just cukup untuk bayar kepada company. apply lesen persendirian, x dapat-dapat sampai sudah.

Sempat kami tanyakan, berapa net income sebulan. Katanya dalam rm2,500 – Rm3,000 sebulan lepas tolak minyak, etc. Si driver ni ada ada anak 5. Dengan income banyak tu, saya sedar, tidak mudah especially kos sara hidup yang semakin tinggi. Selalu lunch pun dia tak sempat. Katanya biarla anak-anak makan dan kenyang, ayah berkorban takpe. Surviving dalam ekonomi yang semakin mencabar ini.

Driver ni bawa dari pagi sampai petang. Malam dia luangkan masa dengan family. Bagus driver ni.

Grab/uber ni telah memudahkan pengguna cam kami. Dulu mmg susah kalau nak pergi lunch tempat jauh-jauh skit. Now lebih mudah. Banyak pengorbanan dari pemandu cam encik alza ni.

Sebagai rider, terimakasih saya ucapkan. Buat Grab/uber semoga lebih banyak penambahbaikan untuk kebaikan bersama especially pemandu dan rider.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Pengalaman dengan Pemandu Grab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.