Pengalaman Pertama Menaiki MRT Sungai Buloh – Kajang

Beberapa minggu lepas, sempat bawa keluarga menaiki MRT Sungai Buloh – Kajang buat pertama kali. Anak-anak memang excited nak menaiki mrt. Malas nak drive, kami ambil Uber dari rumah ke Muzium Negara yang tak jauh dari LRT KL Sentral. Tambang uber pun murah, tak sampai RM10 dari rumah kami ke Muzium Negara MRT.

Sampai pun. First impression, impress. MRT agak bersih, cantik dan nampak terjaga. Baru buka time ni dalam seminggu kalau tak silap. Jom jalan-jalan. Destinasi pertama adalah MRT Maluri yang tidak jauh dari AEON Maluri. Jalan kaki dari MRT ke AEON Maluri lebih kurang 100 meter kot.

Memang ramai orang time ni. Weekend plus ramai yang mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan MRT. Ditambah pula ada promosi harga tiket 50% menaiki MRT sehingga 31 Ogos 2017. Jangan lepaskan peluang.

MRT Sungai Buloh – Kajang yang lebih kurang 51 km, 31 stesen dan mengambil masa 84 minit (1 jam 24 minit) dari Sungai Buloh ke Kajang. Nice sangat, lebih mudah untuk ke mana-mana dengan MRT.

Jom naik MRT. Menunggu MRT sampai.

Tempat duduk ada disediakan. Tapi, agak limited, tak banyak. Maybe boleh ditambah lagi dari masa ke semasa untuk keselesaan pengguna.

Next destination Maluri ke Stadium Kajang. Jalan-jalan dan plan untuk dinner sate kajang bersebelahan dengan MRT Stadium Kajang.

Anak-anak excited nak duduk depan. Melihat pemandangan dan stesen MRT. Papanya la yang jenuh berdiri mendukung anak. Hehehe, untuk anak, apa salahnya kan?

Dah sampai di Stadium Kajang MRT. Bersebelahan Sate Kajang Haji Samuri, salah satu tempat makan best di Selangor/Kajang.

Sambil-sambil tu boleh bawa anak-anak bermain playground bersebelahan.

Memang ramai orang. Seronok la juga bawa anak-anak naik MRT ni.

Singgah playground di sebelah Sate Kajang Haji Samuri dulu. Boleh  bermain belon buih, etc.

Beratur time ni memang panjang. Order sate pun dalam setengah jam lebih baru sampai. Pinggan pun banyak habis. Tak sempat agaknya staff nak basuh pinggan etc. Meriah time cuti/weekend camni.

Antara destinasi shopping complex/healthcare sepanjang laluan MRT Kajang – Sungai Buloh. Dengan adanya MRT ni lebih memudahkan pengguna untuk meneruskan perjalanan ke tempat kerja, shopping, dan pelbagai lagi. Jalan pun dah kurang sikit jem nya.

Antara kelebihan lain MRT ini adalah kenaikan hartanah sekitar lokasi berdekatan stesen MRT. Unit eyriqazz misalnya di Kajang, ada buyer yang menawarkan harga RM30K above market value 2 minggu sebelum MRT ni beroperasi pada 17 Julai 2017. Terpaksa tolak. Simpan hartanah tersebut untuk anak-anak.

Bagi yang mencari hartanah sekitar MRT, saya rekomenkan cuba ushar-ushar Kitab Hartanah Hotspot MRT , yang berkongsi pelbagai lokasi menarik/sesuai untuk pelaburan sekitar MRT Sungai Buloh – Kajang. Boleh tambah property untuk investment ni. Kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

7 thoughts on “Pengalaman Pertama Menaiki MRT Sungai Buloh – Kajang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.