Hilangkan Mengantuk Ketika Memandu Perjalanan Jauh


Musim raya, memang menjadi kebiasaan memandu untuk perjalanan jauh pulang ke kampung. Traffic jem agak kebiasaan ketika ini. Antara part yang selalu terjadi adalah mengantuk ketika memandu. Termasuklah diri sendiri, perjalanan pulang ke kampung dari Kuala Lumpur ke Terengganu or Kelantan, mengantuk memang tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi kalau memandu di waktu malam ataupun selepas makan waktu tengah hari or malam.

Usia meningkat, kekerapan mengantuk lebih kerap berdasarkan pengalaman saya. Saya kongsikan serba sedikit pengalaman saya Tips Hilangkan Mengantuk Ketika Memandu especially untuk perjalanan jauh (lebih dari 3 jam) especially time musim perayaan i.e. Hari Raya, Chinese New Year, etc.

1) Bawa Air Mineral
– Minum bila rasa mengantuk untuk melancarkan perjalanan darah. Cuba elakkan minuman manis ketika memandu.

2) Ajak teman Sebelah berbual-bual
– Normally, Isteri or anak-anak la yang diajak berbual. Bila ada teman berbual, kurang sikit rasa mengantuk.

3) Berehat dan Tidur Sebentar
– Yang ni paling efektif for me. Bila mengantuk sangat, berhenti sekejap di R&R or tempat berhenti. Park kereta, tidur sementara i.e. dalam 20-40 minit. Lepas tidur tu, normally memang segar mata dan lebih mudah untuk perjalanan jauh. Kadang-kadang, kita rasa nak cepat, tapi jangan abaikan faktor keselamatan semata-mata nak cepat.

4) Energy Drink
– Normally peneman saya ketika ini adalah Red Bull or 100 Plus. So far, agak berkesan juga for me.

Kongsi-kongsikan pengalaman korang juga bagi mengelakkan/kurangkan rasa mengantuk ketika memandu.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

23 thoughts on “Hilangkan Mengantuk Ketika Memandu Perjalanan Jauh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.