Anak Sakit Mata – Apa Nak Buat?

Anak bongsu eyriqazz, Ana, sakit mata. Jangkitan dari rakan nursery di pejabat. Sudah lebih dari seminggu. Risau dibuatnya. Especially, ini kali pertama anak kami sakit mata. Sebelum ni, abang or kakak dia pun tak pernah kena jangkitan/sakit mata. Apa nak buat kalau anak sakit mata?

Berkongsi pengalaman, kami singgah di klinik swasta. Minta ubat. Klinik kasi ubat titik mata dan ubat sapu. Kami cuba, namun masih belum sembuh.

Risau, kami pergi lagi ke klinik. Doktor di klinik referkan ke doktor pakar. Doktor Hamidah di Tawakal Hospital. Kami pergi dan dapatkan nasihat dia lebih lanjut. Ini yang dikongsikan oleh doktor mata/doktor pakar tersebut :

1) Jangkitan mata mudah berlaku kepada kanak-kanak especially kalau dihantar ke nursery dari rakan-rakan yang dijangkiti sebelum ini.
2) Potensi berjangkit kepada adik beradik yang lain juga agak tinggi
3) Agak banyak sekarang ini masalah sakit mata. Sembuh ianya bergantung kepada badan setiap individu. Ada yang ambil masa cepat, ada yang lambat. Normally, mengambil masa 2-3 minggu
4) Guna ubat yang diberikan dan elakkan berada di tempat umum

Kami berikan ubat yang diberikan oleh doktor tersebut. Ubat sapu dan ubat titik. Alhamdulillah, getting better dan nampak semakin nak sembuh. Terpaksa minta extra cuti. Takperlah, untuk anak-anak.

Sekarang ni memang musim. Macam-macam penyakit berjangkit dan kita sebagai ibubapa memang risau bila perkara sebegini berlaku. Sama-sama berusaha dan buat yang terbaik i.e. dapatkan nasihat doktor dan yang lebih pakar dalam hal ni.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Anak Sakit Mata – Apa Nak Buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.