Seminar “Gaji Kecik” Mampu Beli Banyak Rumah

Last weekend, 14 Mei 2017, saya sempat meluangkan masa untuk joini Seminar “Gaji Kecik” Mampu Beli Banyak Rumah yang diadakan di Intekma Shah Alam. Agak kagum dengan speaker-speaker yang dijemput. Walaupun gaji mereka rendah (bawah RM2,000 boleh dikatakan ketika membeli rumah pertama mereka), mereka berjaya membuktikan sehingga kini mereka mampu memiliki beberapa buah hartanah (of course lebih daripada 3).

Coret-coret sedikit review dan perkongsian pengalaman saya –

Slot 1 – Anis Hafiza Binti Ali

* Membeli rumah pertama ketika belum berkahwin. Wang hantaran dijadikan duit muka/booking fees pembelian rumah pertama.
* Sehingga kini memiliki 4 buah hartanah
* Perkongsian menarik antaranya, jangan mudah putus asa, ukur baju pada badan sendiri, rajin berusaha, pelbagaikan side income, dan jangan malu untuk belajar dan timba ilmu.

Slot 2 – Mohd Hafiz Bin Sak Rani

* Memiliki 6 buah hartanah sehingga kini. Kagum, dulu blacklist, kini 6 buah rumah menjadi miliknya & Isteri. Undercon, Subsale, dan Lelong antara hartanah miliknya.
* Pernah terperangkap dalam jerat kad kredit yang membuatkannya diblacklist dulu. Namun, berkat usaha dia berjaya keluar dan menyusun strategi dan berjaya memiliki 6 buah hartanah sehingga kini.

Slot 3 – Nekmatuzzura Binti Ubaidari

* Speaker yang paling saya kagumi. Berani dan cepat bertindak. Memiliki 8 buah hartanah (2 sudah dijual, tinggal 6). Berani bertindak dan membeli rumah-rumah busuk/lelong pada harga dibawah pasaran.
* Yakin dan pandai menyimpan wang. Dikongsikan tipsnya bermain kutu, buat kerja tambahan, overtime etc bagi menambah income dan mencantikkan profile.

Dalam Pelaburan Hartanah, antara keypoint yang dapat saya simpulkan dari ketiga-tiga Speaker di atas antaranya –

1) Personal Finance/ Profile sangatla penting i.e. SImpanan/Modal untuk membeli hartanah, DSR (Debt Service Ratio) .

2) Semangat yang kental dan tidak mudah putus asa. Gaji rendah bukannya halangan untuk tidak memiliki hartanah.

3) Bijak merebut peluang. Masa itu emas. Harga rumah boleh dikatakan sentiasa meningkat. Semakin ditunggu, semakin meningkat harganya.

4) Ukur Baju Pada Badan Sendiri – Jangan terlalu mengikut nafsu. Perkongsian Nekmatuzzura Binti Ubaidari misalnya, dia hanya memiliki kereta Kancil berbelas-belas tahun. Biar nampak papa, tapi aset bergaya.

5) Pelbagaikan Side Income dan rebut peluang terhidang. Malaysia negara yang kaya. Jangan malu-malu untuk mencari side income. Misalnya Anis Hafiza buat side income melalui penjualan buku-buku hartanah, sublet dan pelbagai lagi. Puan Nekmatuzzura Binti Ubaidari membantu ibunya mencuci tandas, menjual barangan terpakai, dan sebagainya.

Usaha tangga kejayaan. Motivasi yang berkesan. In Shaa Allah saya akan menyusun strategi ke arah Pelaburan Hartanah yang diidam-idamkan.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

10 thoughts on “Seminar “Gaji Kecik” Mampu Beli Banyak Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.