Pemandu Uber Sombong

Adik, Jangan Naik Uber, Pemandu Uber Sombong – Pakcik Teksi-

Last week naik uber satu keluarga, pergi ke Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC. Malas nak drive dan dah boleh agak nak parking pun susah area PWTC tu. Jadi ambil keputusan naik uber je.

Booking Uber, tak sampai 5 minit Pemandu Uber sampai. Kereta Axia. Sampai-sampai je terus dia bukakan bonet as dia nampak kami bawa banyak barang. Dia turun, Bang boleh saya bantu?. First impression saya, eehh, takde la sombong pun?.

Smooth ride, sempat borak-borak dengan Pemandu Uber ni. Seorang Pegawai Bank, kerja di HSBC. Buat part time 1-2 jam sehari dan weekend buat lebih sikit. Dulunya belajar di UIA. Memang friendly orangnya. Katanya ok la bawa uber, lepasla duit minyak kereta dan sedikit side income. Respek anak muda ni. Buat part time dalam ekonomi yang serba mencabar ni. Katanya dia suka bawa Uber as bolehla jana side income dan most penumpang dia bawa takde banyak kerenah juga.

Dalam 10 minit sampai di PWTC. Tambang dalam RM8+. Wow lebih murah jika dibandingkan naik teksi. Saya berikan RM10 dan cakap simpanla bakinya. Dia tersenyum sambil ucapkan terimakasih.

Pemandu Uber Sombong?. Urmm, takdela. Friendly je saya rasa. Rasanya now saya lagi comfortable naik uber.

Belum ada akaun uber? Bolehla register di SINI

Kalau nak jadi Pemandu Uber dan jana side income –> Daftar Sebagai Pemandu Uber

Overall experience, keselesaan etc, saya berikan rating 9/10 menaiki Uber. Good Job Uber dan Pemandu-pemandu Uber.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

7 thoughts on “Pemandu Uber Sombong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.