Sate Lanang Jabi, Terengganu

Cuti Chinese New Year Januari yang lepas, on the way balik ke Kelantan dari Terengganu, sempat singgah di Sate Lanang Jabi, Terengganu. Teruja untuk singgah bila tengok ramai orang tengah beratur time tu. First impression, mesti sangat sedap ni.

Inilah Satenya. Boleh tahan juga saiznya. Harganya pun quite ok, RM0.60 secucuk. Kalau nak tambah nasi himpit, dalam RM4 kalau tak silap satu bekas.

Berhampiran jalan besar. Jadi memang mudah untuk singgah dan berhenti. Time ni memang ramai, almaklumlah ramai balik bercuti sempena cuti Chinese New Year.

Pekerja-pekerja kusyuk membakar sate. Sate ayam, daging, etc. Kami pilih satu ayam.

Nak tapau boleh, nak makan dalam kedai pun boleh. Ikut citarasa.

Order,order. Berapa nak? Fuhh, ramai orang, takde nombor diberikan tapi akak yang jaga kaunter ni boleh ingat sorang-sorang customer order apa. Memang respek la. Kuat betul ingatan dia.

Time ni dalam pukul 6 lebih tak silap. Memang meriah. Time nak peak hours. Pelanggan tengah ramai.

Harga makanan dan minuman di sini. Pilih-pilih, jangan malu-malu.

Berselera diorang makan.

 

Semakin panjang barisan. Fuhh, dekat setengah jam lebih gak la baru dapat sate. Pengalaman peribadi saya, rasa satenya okla. Rating saya berikan 7/10 dari segi harga dan rasanya. Rasanya kalau dibandingkan dengan Sate Hut Tanjung Karang lebih sedap rasanya. Hohohoh, bilala nak pi pekena sate hut ni.

Jauh perjalanan, luas pengalaman. Next destination, please.

–> Belajar Buat Bisness Burger di SINI

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

10 thoughts on “Sate Lanang Jabi, Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.