Jom Kurus – Turun 4 Kg Dalam Masa 3 Minggu

Salah satu wishlist saya sejak berkahwin adalah untuk lebih kurus dan kurangkan berat badan. Namun, kesibukan bekerja, tidak menjaga pemakanan antara penyebab berat badan semakin meningkat. Ingat lagi di zaman sekolah/A Level berat badan saya hanyalah 63kg. Ketika menamatkan zaman universiti berat saya 75kg. Ianya semakin meningkat sehinggalah berat badan tertinggi tahun lepas mencatatkan 100kg.

Inilah saya beberapa tahun lepas, agak boroi dan menjadi usikan saudara mara dan rakan-rakan. Rasanya berat time ni dalam 98kg+.

Ini gambar saya tahun lepas ketika bercuti di Johor. Baju 3XL pun masih menampakkan perut yang boroi. Sudah terlambatkah saya untuk berubah?

Ini last year join rakan seofis  main futsal. Huhuhuh, perut owhh perut, menjadi usikan sentiasa.

Acara futsal setiap sebulan or dua bulan sekali. Badan masih berisi. Huhuhuhu…

Berat tertinggi yang pernah dicatatkan, 100kg. Apa nak jadi ni eyriqazz? Macam saya cakap, lifestyle, kurang menjaga pemakanan dan stress kerja menjadi antara punca berat badan semakin meningkat.

Kemeja 3XL yang dipakai masih menampakkan bentuk perutku yang ‘six pack’. Hehehehe…

Cuba teka yang mana satu saya? Yup, no 3. Agak berisi dan perut nampak berlipat jika dibandingkan dengan yang lain-lain.

Teambuilding department last year. Baju 3XL.

Raya tahun lepas.

img_0532

Wake up call for me apabila doktor mengesahkan saya ada Sleep Apnea dan terpaksa buat Sleeptest di Hospital Gleaneagles Kuala Lumpur dan resultnya agak tidak memberansangkan. Doktor cakap saya orang kedua tertinggi bacaan sepanjang dia merawat pesakit. Owhh ya, sleep test ni lebih kurang kekurangan oksigen ketika tidur dan agak menyebabkan badan cepat penat, mengantuk di siang hari etc. Doktor cakap saya ada 3 choice iaitu operation, gunakan oksigen ketika tidur ataupun long term ubah cara hidup, lead a healthy lifestyle.

Rezeki bagi saya, saya join Jomkurus Batch ke  3 yang dianjurkan oleh pihak syarikat saya bekerja. Diajarkan cara yang betul untuk bersenam dan juga pemakanan yang lebih berkhasiat dan tips untuk turunkan berat badan. Saya joini dan cuba hadiri sesi waktu lunch at least 3 kali seminggu.

Ini antara aktiviti berkumpulan yang kami joini. Agak memenatkan, berpeluh-peluh satu badan tapi badan rasa lebih segar selepas itu.

Fuhh, kebas satu badan. Kata orang, no pain no gain.

Usaha lagi, jangan mudah putus asa.

Bila dilakukan secara beramai-ramai ianya lebih menyeronokkan.

Go on Eyriqazz. Cepat,cepat.

Antara batch kami yang joini jomkurus session.

Antara senaman metcon.

Inilah hasilnya. Sebelum join berat badan saya lebih kurang 99kg. Selepas 3 minggu berat saya turun kepada 94.8kg iaitu penurunan berat badan dalam 4kg. Alhamdulillah, it works.

Gambar sebelum dan selepas. Maaf, comparison yang lebih dekat tiada kerana dulu agak malu untuk ambil gambar seorang. Perut boroi.

Pengalaman 3 minggu saya ini, untuk kurus, 70% datang dari pemakanan dan 30% datang dari exercise/senaman yang kita lakukan. Panduan Formula Kurus ini juga boleh dijadikan panduan as a guide. Kata orang, usaha tangga kejayaan. Akan saya kongsikan lagi pengalaman saya dan journey saya untuk jomkurus ini. Wish me Luck.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Jom Kurus – Turun 4 Kg Dalam Masa 3 Minggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.