Dividen Tabung Haji 2016

Tabung Haji telah mengumumkan Dividen Tabung Haji untuk tahun 2016 semalam. Seperti dijangka dalam keadaan ekonomi sekarang yang kurang menentu, dividen Tabung Haji tahun ini lebih rendah jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini iaitu 4.25% Hibah Tahunan dan 1.5% Hibah Haji (bagi yang belum menunaikan Haji).

Tabung Haji antara platform kami menyimpan dan simpanan untuk haji dan juga Tabung Bunian especially untuk anak-anak. Dengan jumlah dividen yang konsisten setiap tahun antara sebab kami memilih tabung haji untuk menabung, menyimpan dan juga simpanan untuk menunaikan haji pada masa hadapan. In Shaa Allah, jika dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan.

Pengiraan Dividen Tabung Haji –

Hibah Tahunan TH (4.25%) Akaun Pendeposit TH Aktif

Kiraan:
Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2016)/12 bulan) x 4.25%

Hibah Haji (1.50%) Akaun Pendeposit Belum Tunai Haji

Akaun simpanan yang baki purata RM9,980 atau kurang

Kiraan:
Baki purata minima bulanan ≤ RM9,980 (Jan-Dis 2016)/12 bulan) x 1.50%

Jika dibandingkan dengan tahun-tahun senelum ini, memang agak berbeza dan mencatatkan penurunan. Faktor lain, pelaburan yang dilakukan oleh Tabung Haji mencatatkan keuntungan yang tidak seperti tahun-tahun sebelum ini especially dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.

Selain tabung haji, ada platform lain yang boleh dijadikan untuk melakukan pelaburan, antaranya –

—> Pelaburan Saham – Kena caranya dan ilmu yang betul, mampu menjana pendapatan dan income yang menarik. Rakan saya antara yang terlibat dalam pelaburan saham dan dengan ilmu dia ada, banyak saham yang dia beli mencatatkan keuntungan melebihi 8% setahun, satu angka dan return on investment yang menarik.

–> Pelaburan Hartanah – Alhamdulillah, antara pelaburan yang paling menguntungkan bagi saya. Capital appreciation, rental income dan long term investment yang memberikan hasil yang konsisten. Return on investment?. For me, more than 15% setahun (capital appreciation + rental income).

–> Pelaburan Unit Amanah – Unit amanah/unit trust antara yang menjadi pilihan kerana tidak memerlukan modal yang besar (minimum RM1,000) dan boleh mengeluarkan EPF untuk melabur dalam unit amanah.

Bagi yang belajar atau mengetahui lebih lanjut pasal pelaburan hartanah/unit amanah dan perlukan guidance, In Shaa Allah saya boleh bantu. Feel free untuk contact saya di eyriqazz@gmail.com or 0139263127 . In Shaa Allah, akan saya kongsikan berdasarkan pengalaman peribadi invest dalam hartanah/unit trust > 10 tahun.

Semoga dividen tabung haji tahun-tahun mendatang lebih tinggi. Jangan lupa juga invest in yourself, tambahkan ilmu dan pengetahuan sebelum melabur dalam pelaburan yang lain.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

8 thoughts on “Dividen Tabung Haji 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.