Balik Kelantan Ikut Terengganu

Setiap kali cuti i.e. balik kampung time cuti sekolah, raya, etc, dari Kuala Lumpur ke Kelantan, saya lebih suka balik ikut terengganu walaupun jaraknya lebih jauh jika dibandingkan melalui jalan biasa pulang ke Kelantan iaitu dari KL ke Gua Musang melalui Karak Highways,  Bentong, Raub, K.Lipis, Gua Musang.

Perbezaan Jarak Balik Kelantan ikut Karak Highways,  Bentong, Raub, K.Lipis, Gua Musang vs KL ke Kelantan melalui KARAK, LPT 1 dan LPT 2:

1) KL ke Kelantan ikut Karak Highways,  Bentong, Raub, K.Lipis, Gua Musang – Lebih kurang 438km

2) KL Ke Kelantan ikut Terengganu – melalui KARAK, LPT 1 dan LPT 2 – Lebih kurang 575km

Perbezaan jarak = Lebih kurang 137km

Mana yang lebih pantas ikut Bentong vs Ikut Terengganu? – Kalau ikutkan jarak of course lalu Bentong lebih dekat. Tapi kalau time jem teruk i.e. time cuti raya balik ikut terengganu boleh sampai lebih awal kalau berdasarkan pengalaman balik kampung sebelum ini time jem melampau cuti raya dan Chinese New year.

Jalan Mana yang lebih Selesa?

Personally, jalan ikut terengganu lebih selesa kerana banyak tempat berhenti dan merehatkan badan. Perjalanan jauh dan bawa anak-anak, bagi saya tempat berhenti untuk merehatkan badan sangat penting. Nak makan-makan, ke tandas etc pun lebih mudah.

Mana Lebih Mahal?

– Balik melalui Terengganu rasanya lebih mahal , ie. kos minyak dan tol. Tapi bagi saya, keselesaan saya utamakan. Biar lambat asal selamat ke destinasi.

Overall, tepuk dada, tanya selera. Tak gitu?

Anyway, Jika ingin bercuti di Kelantan dan ingin menempah hotel di Kelantan saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Balik Kelantan Ikut Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.