Tips Berjimat Cermat dan Pengurusan Kewangan Keluarga

Assalamualaikum!

Gaji bulanan tak cukup? Duit mengalir laju macam air? Hari yang sama dapat gaji, hari yang sama juga habis untuk bayar bil-bil dan upah pengasuh anak. Duit RM50 nilainya sudah menjadi seperti RM5 di zaman ini. Masuk pasaraya habis beratus-ratus tapi bila dilihat pada barangnya, hanyalah barang dapur biasa yang dibeli setiap bulan.

Tu kalau dua orang yang bekerja, suami isteri. Kalau suami je yang bekerja? Itupun setelah pembelian hanya terhad kepada barangan yang memang digunakan setiap hari. Namun, masih ada kegagalan dalam menguruskan wang perbelanjaan. Di mana silapnya?

Bagi yang baru hendak memulakan hidup bekeluarga, pengurusan kewangan sangatlah penting dari awal untuk mengelakkan dari masalah berbangkit di masa hadapan. Saya juga tidak terkecuali dari menghadapi masalah ini. Namun, masih belum terlewat lagi untuk kita perbaiki kelemahan diri dan memulakan langkah baru penjimatan dalam menguruskan perbelanjaan keluarga.

Tips Berjimat Cermat & Pengurusan Kewangan Keluarga

Dalam memastikan amalan berjimat cermat dapat dipraktikkan dalam pengurusan kewangan keluarga, ada beberapa tips yang boleh diguna pakai :

  • Rancang pembelian – Senaraikan barang dapur yang wajib ada sebelum memulakan pembelian. Bagi barangan basah, tentukan pembeliannya setiap 2 minggu atau yang sesuai mengikut rutin memasak harian anda. Untuk barangan kering yang boleh tahan lama pula, dinasihatkan beli secara pukal bagi mengurangkan kosnya untuk bulan seterusnya.
  • Saling berkongsi pendapatan – Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, amalan pembahagian perbelanjaan rumah pastinya dapat meringankan beban kewangan pasangan kita. Contohnya, duit pengasuh dibayar oleh isteri dan perbelanjaan dapur dibayar oleh suami. Rancanglah baik-baik dengan pasangan anda. Lebih elok sekiranya anda membuka akaun simpanan bersama untuk pengurusan kewangan yang lebih baik
  • Buat perbandingan harga – Biasanya, wanita lebih teliti dalam bab ni. Sebelum membeli, bandingkan harga barang tersebut dengan harga di kedai lain. Sebab tu, kalau isteri suka masuk dua tiga kedai jangan dimarah kerana mereka sedang membuat analisis perbandingan harga demi penjimatan wang anda … hehe
  • Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit – Sebaiknya, elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Tak dinafikan kad kredit lebih selamat dibawa berbanding wang tunai kemana-mana. Namun, jika tidak dikawal selia dengan baik pasti akan mengundang beban hutang yang menyusahkan diri sendiri dan keluarga. Pastinya kita tidak mahu menambah beban hutang yang sedia ada bukan?
  • Kenalpasti antara KEPERLUAN & KEHENDAK – Dahulukan barangan keperluan harian yang penting dahulu. Tak dinafikan, ada masanya kita tertarik untuk membeli barangan yang memerlukan kos yang agak tinggi tetapi tidak selalu digunakan. Sebab itu, perbincangan antara pasangan sangat perlu untuk memastikan kita tidak terlalu mengikut hawa nafsu dalam perbelanjaan

IMG_9204

  • Amalkan menabung – Selain mengajar anak-anak menabung, anda dan pasangan juga perlu praktikkan amalan menabung. Berjimat cermat bukan sekadar mengatur wang yang keluar dari poket, tetapi wang yang masuk juga mampu mencantikkan graf kewangan kita setiap bulan. Sebagai langkah awal, simpanlah walau hanya RM10 setiap bulan dan dengan penuh displin (jangan korek tabung) dan insyaAllah anda akan tersenyum melihat hasilnya
  • Berbudi kepada tanah – Sekarang ni pun harga sayur jadi tak menentu. Kadang-kadang nak guna daun kari setangkai je pun, tapi kena beli seikat dengan harga RM2! Apa kata anda manfaatkan tanah di kawasan rumah anda dengan bercucuk tanam sayur-sayuran seperti serai, pokok cili, daun pandan, daun kari, bendi dan macam-macam lagi. Rumah flat tak boleh nak bercucuk tanam? Tanam dalam pasu pun boleh. Dengan cara ini, insyaAllah banyak yang kita dah boleh jimat berbelanja. Tak percaya? Cubalah!
  • Kitar semula & Guna semula – Setiap barangan yang diguna akan jadi sampah. Tapi kita boleh tukarkan ia menjadi duit jika mahu! Kumpulkan barangan yang boleh dikitar semula di rumah dan asingkan ia mengikut kategori. Anda juga boleh mengajak anak-anak melakukannya bersama! Barangan seperti botol kaca, kertas, plastik yang tidak lagi digunakan boleh dihantar ke kedai kitar semula atau letakkan saja di dalam tempat khas kitar semula yang berdekatan dengan rumah anda. Ataupun, anda boleh jadikan ia satu bentuk seni kreatif dari bahan kitar semula dan jadikan ia sebagai perhiasan dalam rumah
  • Bersedekah – Apa kaitan amalan bersedekah dengan tips berjimat cermat? Percaya atau tidak bersedekah mampu menenangkan hati kita walaupun disaat kita dilanda kemelut ekonomi rumahtangga yang tidak menentu. Bukan duit semata-mata yang dikejar, tetapi keberkatan dalam mencari rezeki agar setiap sen dan ringgit yang kita keluarkan itu mampu memberi kebaikan kepada orang lain

Last, but not least ….

  • Bayar hutang – Bebas hutang adalah impian bagi setiap orang. Bebas hutang juga bermaksud anda adalah pengurus kewangan terbaik. Dalam kita berjimat cermat mengawal perbelanjaan, jangan dilupakan hutang yang masih perlu dibayar. Asingkan sebahagian dari wang gaji anda untuk melunaskan hutang yang tertangguh bagi mengelakkan caj yang lebih tinggi di masa akan datang. Sekiranya pasangan anda masih belum mengetahui kedudukan kewangan dan status hutang piutang anda, maka perkara itu perlulah dibincangkan bersama secara baik dan mencari jalan keluar bagaimana untuk menyelesaikannya.

Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda dan kita semua menjadi lebih baik dalam menguruskan kewangan keluarga. Apapun yang kita buat, perancangan bersama dan displin adalah penting untuk memastikan misi berjimat cermat kita tercapai.

Selamat berjaya!

Entri ini ditulis oleh penulis jemputan, penulis merupakan seorang mommy blogger separuh masa di www.hanimhashim.com, juga ibu kepada dua orang cahaya mata. Mula menulis di blog sejak tahun 2012, penulis bermula dengan hanya suka-suka berkongsi cerita kisah anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Penulis juga menulis tentang Parenting & Lifestyle, Food, Paid Review dan Event.”

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

24 thoughts on “Tips Berjimat Cermat dan Pengurusan Kewangan Keluarga

Leave a Reply to KJSD Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.