Kerjaya Idaman Saya

Semua orang ada cita-cita dan impian tersendiri. Macam aku lah… Cita-cita yang aku maksudkan ni kerjaya yang aku inginkan bila bekerja nanti laa. Aku dulu masa kecik-kecik banyak impian dan cita-cita aku nak capai bila dah besar.  Siap ada azam bila dah besar nanti nak jadi itu nak jadi ini. Tapi, dalam semua cita-cita yang aku inginkan semuanya tak tercapai.. Yelah, kecik-kecik berangan nak jadi PM. Memang tak la kan nak capai. Hmm,, Kuat betul angan-angan mat jenin aku. Hahaha

Kerjaya merupakan panduan dalam kehidupan. Namun, diakui dalam era pascaglobalisasi dan perindustrian kini, untuk mencari pekerjaan sekarang bukanlah mudah. Kadangkala kerjaya yang kita inginkan seiring dengan apa yang kita belajar sewaktu zaman universiti sukar untuk diperoleh. Macam apa yang jadi kat aku sekarang ni la. Cumanya kerja yang aku buat ade jugak la kaitan dengan apa yang aku belajar dulu.

Sejujurnya, pada pendapat aku kerjaya idaman kita bukan mudah bagi seseorang merialisasikan apa yang diinginkan. Semuanya bergantung pada keupayaan diri dan cara seseorang mendidik diri bagaimana harus mereka merialisasikan apa yang diinginkan.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong seseorang mencapai kerjaya yang diidamkan.

Faktor-faktor dalam pemilihan kerjaya

  1. Minat

Minat merupaan faktor paling penting yang mempengaruhi seseorang dalam pemilihan kerjaya mereka. Tanpa minat mereka tidak akan belajar bersungguh-sungguh demi  mencapai cita-cita yang diimpikan. Sebelum tetapkan sesuatu kerjaya, minat harus datang terlebih dahulu. Contoh yang aku boleh berikan pada diri aku. Dulu masa kecik, aku pernah menanam cita-cita menjadi seorang anggota polis ataupun tentera. Aku memang minat dengan pasukan badan beruniform sejak aku sekolah rendah lagi dan aku aktif dalam setiap acara yang diadakan. Tapi orang kata kalau dah bukan rezeki kita nak buat macam mana kan.

  1. Pemilihan subjek di sekolah / universiti

Sewaktu sekolah lagi kita harus memilih subjek yang berkaitan dan menetapkan matlamat tentang kursus dan kerjaya yang diinginkan supaya kita tahu hala tuju dalam hidup kita selepas tamatnya waktu belajar. Ini secara tak langsung akan menyebabkan kita lebih mahir dalam menguruskan kerjaya yang akan diceburi kerana kita telah pun mengetahui dan membuat persediaan yang rapi.

  1. Idola

Setiap orang mesti ada idola yang diminati dan biasanya idola yang diminati seiring dengan kerjaya yang diinginkan. Ini sangat bagus. Impaknya, bila seseorang itu ingin menjadi seperti idolanya ia dapat mempengaruhi seseorang dalam membina semangat dan motivasi ke arah menjadikan cita-cita sebagai satu kenyataan.

  1. Sokongan ibu bapa

Restu dan sokongan daripada kedua ibu bapa tersangatlah penting walaupun kerjaya pilihan yang dipilih bertentangan dengan harapan kedua ibu bapa. Ini juga adalah salah satu peranan penting sebagai ibu bapa kepada anak. Sekiranya kerjaya yang kita impikan tidak mendapat restu daripada kedua ibu bapa tentu kecundang dari awal lagi. Sebagai ibu bapa, berikan dorongan, semangat dan motivasi kepada anak-anak supaya mereka dapat merialisasikan impian mereka.

Aku masih ingat lagi, sewaktu aku sekolah dulu aku bercita-cita menjadi seorang jurutera (cita-cita masa sekolah menengah) heheh.. Dengan itu, aku membuat keputusan untuk menyambung tingkatan 4 disebuah sekolah teknik di Johor. Disebabkan keputusan SPM aku biasa-biasa je (coverline baik punya..) so aku tak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minat. Hahah.. So aku dapat tawaran belajar ke peringkat diploma dalam bidang perniagaan selama 3 tahun di sebuah institusi di Melaka. Akhirnya aku berjaya jugak grad dengan CGPA yang baik. Hehehe

Sekarang aku bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta. Walaupun kerja yang aku lakukan sekarang takda kaitan dengan apa yang aku belajar, Alhamdulillah aku boleh ketchup. Permulaannya agak sukar tapi bila hari-hari kita niat untuk belajar sesuatu yang baru, semuanya akan menjadi mudah. Dulu aku banyak cita-cita dan kerjaya yang aku idamkan. Tapi kerjaya yang kita idamkan tak semua orang mampu realisasikan. Aku bersyukur dengan kerjaya aku sekarang dan aku harap ada rezeki lain untuk aku kat luar sana dalam bidang ni.

P.s : Entri ini ditulis oleh Penulis Jemputan, Mera Hussain penulis blog di http://www.merahussain.com/

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

8 thoughts on “Kerjaya Idaman Saya

Leave a Reply to Best Matte Lipstick Malaysia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.