Eyriqazz.com

Great Teacher Onizuka

  • Home
  • Contact Me
    • Achievement
  • Family
    • Alisya
    • Azim
  • Food
    • Restaurant Review
  • Travel
    • Travel
    • Hotel Review
    • Cari Hotel Murah
    • homestay review
    • Tempahan Airbnb
  • Informasi
    • contest
    • event
    • gadget review
    • kereta
  • Tips
    • Tips Blogging
    • tips kewangan
    • tips pelaburan hartanah
  • Pengiklanan
  • Archives

Adakah Sekarang Masa Yang Tepat Untuk Membeli Rumah?

14 January 2017 by eyriqazz 24 Comments

Semua rakyat Malaysia telah diasuh dari kecil lagi supaya menjadi pemilik rumah bila mereka membesar.  Malangnya, membeli rumah pada masa kini bukanlah satu perkara mudah, dan pembeli rumah pertama mula gusar tentang di mana mereka mahu beli rumah pertama mereka dan apa kriteria yang perlu diteliti. Mengikuti sesi PropertyGuru house for sales atau rumah untuk dijual, peningkatan berterusan harga rumah-rumah adalah sangat membimbangkan. Selain harga yang semakin meningkat, berikut adalah beberapa masalah yang bermain di fikiran golongan belia di Malaysia:

 Adakah Bank Akan Menafikan Permohonan Pinjaman Saya?

 Sebab yang paling biasa untuk sesebuah pinjaman dinafikan adalah kegagalan pembayaran PTPTN. Ada juga sebab lain seperti, kekurangan rekod kredit dan tunggakan bayaran kad kredit.

 Cara terbaik bagi mengelakkan anda menerima nasib serupa adalah dengan memeriksa rekod CCRIS anda sebelum memohon pinjaman gadai janji. Anda hanya perlu pergi ke Bank Negara di mana pengawal di situ akan tunjukkan anda gerai kiosk CCRIS, masukan MyKad anda, benarkan mesin itu membaca cap jari anda bila dipinta, dan itu saja! Laporan anda akan dicetak – percuma!

 Mortgage-loan-application-1024x682

Jika anda lihat rekod anda, anda akan nampak senarai hutang anda, daripada rekod hutang kredit kad, pinjaman pendidikan, dan lain-lain. Jika anda adalah penghutang yang baik, anda akan nampak semua nombor di kanan kertas di bawah bulan adlah nombor ‘0’. Jika ada nombor ‘1’, ia bermakna anda ada membuat pembayaran lambat atau anda lambat pada bulan itu. Dan selagi anda ada ‘1’ di petak kanan itu, permohonan anda akan ditolak kerana anda dikira bukan penghutang yang baik.

 Satu-satunya cara untuk membersihkan rekod anda adalah dengan membayar hutang anda secara penuh. Jika tidak anda perlu terus membuat bayaran bulanan sehingga 12 bulan barulah ‘1’ itu akan dikeluarkan.

 

Perlukah saya tunggu hingga harga hartanah turun?

 Harga hartanah tidak akan turun.  Malah, pada tahun 2009 dan 2014, tahun di mana pergerakan ekonomi agak perlahan, Hartanah di Malaysia menyaksikan pertumbuhan 7.8% setiap tahun. Tiada masa terbaik untuk membeli hartanah, tapi jika anda masih mahukan jawapan, hari itu adalah semalam.

 Sri Tijanni Condo unit

Di mana saya patut beli hartanah?

 Secara idealnya, hartanah anda patut berada di tengah bandar untuk gaya hidup yang lebih mudah, berdekatan dengan tempat kerja anda dan berdekatan juga dengan lain-lain perkhidmatan riadah. Semua orang ada senarai impian yang hanya boleh ditunaikan jika kita sanggup bayar harganya.

 Itulah bahagian paling menyakitkan, namun begitu, jika anda lakukan kajian anda, anda akan dapati banyak hartanah yang terjual di bawah harga pasaran untuk sebuah hartanah di bandar.

 Apakah jenis hartanah yang boleh memberikan saya pulangan pelaburan yang lebih baik?

 Pandangan umum mengatakan hartanah di atas tanah memberikan pulangan pelaburan yang lebih baik, tapi itu bergantung dengan apa yang anda cari dan apa pegangan anda. Memiliki hartanah di atas tanah lebih dari dua dekad mungkin memberikan anda pulangan lumayan hingga 10 kali ganda tapi perlu ingat , waktu menunggu untuk menikmati semua ini mungkin sangat lama.

 Jika anda mencari pulangan yang lebih ‘segera’,  maka carilah hartanah yang boleh disewakan. Contohnya, hartanah di sekitar Universiti seperti di SS15 dan Bandar Sunway boleh memberi pulangan yang baik. Tapi, jika difikirkan semula, sistem pengangkutan awam di Malaysia semakin meningkat naik dengan adanya laluan baru kereta api, jadi memiliki rumah berdekatan laluan kereta api mampu memberi pulangan pelaburan yang lebih tinggi.

 Bagaimana memastikan saya masih mampu menanggung pinjaman walaupun di saat gawat?

 Pastikan anda cari hartanah yang anda mampu bayar dengan tidak lebih dari 30% pendapatan isi rumah anda jika mahu selamat. Bagaimanapun, kami faham jika malang tidak berbau dan anda mungkin terputus sumber pendapatan. Jadi, jalan lain yang selamat adalah untuk membeli hartanah yang berpotensi dengan membuat penyelidikan anda di bahagian  rumah untuk dijual di PropertyGuru; jika tiada pilihan, anda boleh menjual hartanah anda dan keluarr dari belenggu hutang.

 
Tweet

Anda mungkin menggemari artikel berikut


  1. Dokumen Yang Diperlukan Untuk Refinance Rumah
  2. Dokumen yang Diperlukan untuk Apply Loan Rumah
  3. Masa untuk Berubah
  4. Tips untuk Lelaki Ketika Isteri Membeli-Belah
  5. Kontraktor yang Bagus Penting untuk Pelaburan Hartanah

Filed Under: pelaburan hartanah, tips pelaburan hartanah Tagged With: beli rumah 2017, waktu sesuai beli rumah

Comments

  1. ecadwinkyasha says

    14 January 2017 at 1:06 pm

    bestnya bila dapat beli ruma sendiri…
    masih merancang.

    Reply
  2. akubiomed says

    15 January 2017 at 1:47 am

    Pesan Azizi Ali boleh beli rumah dengan syarat mempunyai sumber nak maintain.
    akubiomed recently posted…Syampu Dashing Elite Men tanggalkan wax sekali cucianMy Profile

    Reply
    • eyriqazz says

      15 January 2017 at 9:17 am

      Indeed….contoh sumber yg maintain bro?

      Reply
  3. Bokhari says

    15 January 2017 at 8:47 am

    Alhamdulillah. Saya sudah milikki dua property. Satu condo di Kota Damansara (yang disewakan kepada syarikat secara contract) dan rumah untuk tinggal sendiri.
    Jika boleh tunjukkan pada pihak bank rumah pertama tadi adalah suatu “income contributor”, loan bank boleh lepas. Tidak rugi milikki property cuma perlu bijak pilih lokasi, quality dan market value.
    Selamat property hunting!
    http://boisanerd.blogspot.my/

    Reply
    • eyriqazz says

      15 January 2017 at 9:16 am

      Alhamdulillah..tahniah bro

      Reply
  4. Ikhwan says

    15 January 2017 at 4:26 pm

    Insyaallah, saya mahu menambah rumah di tahun ini 🙂
    Ikhwan recently posted…Bagaimana Nak Memandu Dengan Uber?My Profile

    Reply
    • eyriqazz says

      15 January 2017 at 7:14 pm

      Kasi tunjuk ajar bro…

      Reply
  5. raihanah says

    16 January 2017 at 8:41 am

    baru je jual rumah. dapatlah untung hampir rm200k. hajatnya nak beli yang baru tahun ni yang subsale. semoga jumpa yang berpotensi
    raihanah recently posted…Jaga Makan Tapi Kenapa Masih Kena Penyakit Kritikal?My Profile

    Reply
    • eyriqazz says

      16 January 2017 at 4:22 pm

      Alhamdulillah, kalau nak membeli saya ble guidekan dan tolong carikan….

      Reply
  6. zool says

    16 January 2017 at 11:45 pm

    Den nak memulakan beli rumah subsale tahun ni..
    nak jadikan investment untuk anak nanti..
    sekarang ni lega bila isteri dah ada rumah sendiri.
    tgh berkira-kira untuk refinance rumah skg ni

    Reply
    • eyriqazz says

      17 January 2017 at 4:33 pm

      good luck bro..kalau nak cari rumah area kl, saya ble tolong carikan…

      Reply
  7. reezluv says

    17 January 2017 at 11:36 am

    tengah tunggu rumah siap je..jadi le dapat beli rumah yang sekadar mampu
    reezluv recently posted…9 Perkara Wajib Tahu Sebelum Membeli Rumah BaruMy Profile

    Reply
    • eyriqazz says

      17 January 2017 at 4:33 pm

      Alhamdulillah

      Reply
  8. Aryn Fadz Lee says

    17 January 2017 at 4:46 pm

    Perkongsian yang sangat menarik.. Tq untuk info ini.. Mau juga try check rekod diri sendiri di CCRIS
    Aryn Fadz Lee recently posted…5 TIPS MENGEPAM SUSU IBU BAGI IBU YANG BEKERJAMy Profile

    Reply
  9. onlajer says

    17 January 2017 at 4:54 pm

    pergh harga rumah pun makin tahun makin naik , tak beli sekarang ,akan datang pun kena beli mahu tak mahu kena beli juga lah kalau dah namanya rumah pertama
    onlajer recently posted…Kerja Dari Rumah Dengan iLanceeMy Profile

    Reply
  10. kak ina kl says

    17 January 2017 at 5:53 pm

    nak beli rumah pun kena ada gak simpanan

    Reply
    • eyriqazz says

      18 January 2017 at 8:56 am

      Betoi…tapi kalau kena caranya, lepastu dpt cashback balik…

      Reply
  11. Ira says

    18 January 2017 at 12:36 pm

    nice sharing and kena pergi check dulu rekod pinjaman nih baru senang
    Ira recently posted…Hanya RM2.48~Mampu Beri Makanan Terbaik Untuk Tulang, Gigi Dan SarafMy Profile

    Reply
    • eyriqazz says

      18 January 2017 at 1:46 pm

      Sila-sila….kalau perlukan guidance utk beli rumah, feel free to contact me…

      Reply
  12. Nurol Huda says

    18 January 2017 at 9:22 pm

    Jual hartanah untuk keluar dari belenggu hutang antara option untuk elak dari kejadian yang tidak diingini.

    Reply
    • eyriqazz says

      19 January 2017 at 11:56 am

      Agreed

      Reply
  13. NORADYANI BINTI AB RAHMAN says

    19 January 2017 at 10:30 am

    Alhamdulillah, masa mula2 kerja dulu decide terus beli rumah. Tangguhkan impian kesana kemari. Hihi.. Berbaloi. Sekarang harga rumah memuncak naik..
    NORADYANI BINTI AB RAHMAN recently posted…SIAPAKAH SAYA? SALAM PERKENALANMy Profile

    Reply
    • eyriqazz says

      19 January 2017 at 11:56 am

      Alhamdulillah…

      Reply
  14. Nor hazmira says

    6 February 2017 at 6:51 am

    Betul.. Info yg menarik.. Pengalaman saya dari nak beli rumah… Terus beli tanah dan buat rumah… Sekarang tengah kumpul duit mana la tahu.. Boleh cari rumah untk anak anak..
    Nor hazmira recently posted…Anak Asyik Demam, Mak Pasrah Bagi Ubat Aje..My Profile

    Reply

Leave a Reply to eyriqazz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Eyriqazz di Facebook

Artikel Terkini

  • Apa Itu MRTA/MRTT
  • Anak Muda Perlu Tahu 5C Ini Supaya Pembiayaan Perumahan Senang Lulus
  • Apa Effect Base Rate Naik?
  • Pengalaman dengan Pemandu Grab
  • Analisa Kewangan Bisnes Owner (AKBO) 2017
  • Pengalaman Bekam Darah di Pusat Bekam An-Nusrah, Wangsa Maju
  • Kenapa Susah Nak Kurus?

Copyright © 2018 · Eyriqazz Dot Com on Genesis Framework · WordPress · Log in