Adakah Sekarang Masa Yang Tepat Untuk Membeli Rumah?

Semua rakyat Malaysia telah diasuh dari kecil lagi supaya menjadi pemilik rumah bila mereka membesar.  Malangnya, membeli rumah pada masa kini bukanlah satu perkara mudah, dan pembeli rumah pertama mula gusar tentang di mana mereka mahu beli rumah pertama mereka dan apa kriteria yang perlu diteliti. Mengikuti sesi PropertyGuru house for sales atau rumah untuk dijual, peningkatan berterusan harga rumah-rumah adalah sangat membimbangkan. Selain harga yang semakin meningkat, berikut adalah beberapa masalah yang bermain di fikiran golongan belia di Malaysia:

 Adakah Bank Akan Menafikan Permohonan Pinjaman Saya?

 Sebab yang paling biasa untuk sesebuah pinjaman dinafikan adalah kegagalan pembayaran PTPTN. Ada juga sebab lain seperti, kekurangan rekod kredit dan tunggakan bayaran kad kredit.

 Cara terbaik bagi mengelakkan anda menerima nasib serupa adalah dengan memeriksa rekod CCRIS anda sebelum memohon pinjaman gadai janji. Anda hanya perlu pergi ke Bank Negara di mana pengawal di situ akan tunjukkan anda gerai kiosk CCRIS, masukan MyKad anda, benarkan mesin itu membaca cap jari anda bila dipinta, dan itu saja! Laporan anda akan dicetak – percuma!

 Mortgage-loan-application-1024x682

Jika anda lihat rekod anda, anda akan nampak senarai hutang anda, daripada rekod hutang kredit kad, pinjaman pendidikan, dan lain-lain. Jika anda adalah penghutang yang baik, anda akan nampak semua nombor di kanan kertas di bawah bulan adlah nombor ‘0’. Jika ada nombor ‘1’, ia bermakna anda ada membuat pembayaran lambat atau anda lambat pada bulan itu. Dan selagi anda ada ‘1’ di petak kanan itu, permohonan anda akan ditolak kerana anda dikira bukan penghutang yang baik.

 Satu-satunya cara untuk membersihkan rekod anda adalah dengan membayar hutang anda secara penuh. Jika tidak anda perlu terus membuat bayaran bulanan sehingga 12 bulan barulah ‘1’ itu akan dikeluarkan.

 

Perlukah saya tunggu hingga harga hartanah turun?

 Harga hartanah tidak akan turun.  Malah, pada tahun 2009 dan 2014, tahun di mana pergerakan ekonomi agak perlahan, Hartanah di Malaysia menyaksikan pertumbuhan 7.8% setiap tahun. Tiada masa terbaik untuk membeli hartanah, tapi jika anda masih mahukan jawapan, hari itu adalah semalam.

 Sri Tijanni Condo unit

Di mana saya patut beli hartanah?

 Secara idealnya, hartanah anda patut berada di tengah bandar untuk gaya hidup yang lebih mudah, berdekatan dengan tempat kerja anda dan berdekatan juga dengan lain-lain perkhidmatan riadah. Semua orang ada senarai impian yang hanya boleh ditunaikan jika kita sanggup bayar harganya.

 Itulah bahagian paling menyakitkan, namun begitu, jika anda lakukan kajian anda, anda akan dapati banyak hartanah yang terjual di bawah harga pasaran untuk sebuah hartanah di bandar.

 Apakah jenis hartanah yang boleh memberikan saya pulangan pelaburan yang lebih baik?

 Pandangan umum mengatakan hartanah di atas tanah memberikan pulangan pelaburan yang lebih baik, tapi itu bergantung dengan apa yang anda cari dan apa pegangan anda. Memiliki hartanah di atas tanah lebih dari dua dekad mungkin memberikan anda pulangan lumayan hingga 10 kali ganda tapi perlu ingat , waktu menunggu untuk menikmati semua ini mungkin sangat lama.

 Jika anda mencari pulangan yang lebih ‘segera’,  maka carilah hartanah yang boleh disewakan. Contohnya, hartanah di sekitar Universiti seperti di SS15 dan Bandar Sunway boleh memberi pulangan yang baik. Tapi, jika difikirkan semula, sistem pengangkutan awam di Malaysia semakin meningkat naik dengan adanya laluan baru kereta api, jadi memiliki rumah berdekatan laluan kereta api mampu memberi pulangan pelaburan yang lebih tinggi.

 Bagaimana memastikan saya masih mampu menanggung pinjaman walaupun di saat gawat?

 Pastikan anda cari hartanah yang anda mampu bayar dengan tidak lebih dari 30% pendapatan isi rumah anda jika mahu selamat. Bagaimanapun, kami faham jika malang tidak berbau dan anda mungkin terputus sumber pendapatan. Jadi, jalan lain yang selamat adalah untuk membeli hartanah yang berpotensi dengan membuat penyelidikan anda di bahagian  rumah untuk dijual di PropertyGuru; jika tiada pilihan, anda boleh menjual hartanah anda dan keluarr dari belenggu hutang.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

24 thoughts on “Adakah Sekarang Masa Yang Tepat Untuk Membeli Rumah?

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.