Papa, Cuti Sekolah Nanti Nak Pergi Mana?

Papa, Cuti Sekolah Nanti Nak Pergi Mana?. Itulah yang ditanyakan oleh anak sulung dan anak lelaki saya, tahun ni cuti sekolah nak bercuti di mana?. Fuhh, anak-anak kalau sebut pasal percutian, hotel, jalan-jalan memang gembira bukan main.

Antara destinasi yang menjadi wish list anak kesayangan saya untuk bercuti time cuti sekolah ni adalah Johor Bahru. Katanya dah lama tidak pergi bercuti di Legoland, kali terakhir kami singgah ke Legoland rasa 2-3 tahn yang lepas ketika dia masih belum bersekolah.

Santai seisi keluarga, bermain dan bersuka ria. Kalau pergi Legoland, dari pagi, Legoland dah nak tutup barula kami pulang. Seronok betul anak-anak menyinggahi pelbagai lokasi menarik di Legoland ini antaranya playground, kereta, keretapi, tempat membina kereta dengan lego, dan pelbagai lagi.

Kereta Lego ini antara yang paling digemari Alisya, dapat naik berkali-kali, tetap nak lagi. Bukan main sampaikan taknak turun dibuatnya. Anak-anak, dapat bermain permainan kegemaran mereka, memang susah nak lepas kan?

Kalau ditanya isteri pula, cuti sekolah ni nak pergi mana? Antara jawapan isteri, antaranya –

Percutian di Pulau Langkawi 2014 60
Pulau Langkawi

Pulau Langkawi antara destinasi kegemaran isteri. Salah satu sebabnya, pelbagai destinasi dan tempat menarik yang boleh dikunjungi di Langkawi antaranya Cable Car Gunung Mat Chinchang, shopping di Kuah, mandi pantai di Pantai Cenang, makan-makan seafood di Pantai Tengah dan pelbagai lagi.

Percutian di Pulau Langkawi 2014 80

Anak-anak pula kalau dapat bermain pasir di Pantai i.e. di Pantai Cenang, Langkawi, memang gembira bukan main. Pagi-pagi bangun terus ajak papa dan mamanya bermain pasir di Pantai. Mandi pun belum sempat, terus nak terjah pantai nak main pasir. Lebih-lebih lagi kalau cuti sekolah, lagila mereka seronok kerana mereka tahu boleh bercuti lebih lama dan lebih santai.
Percutian di Pulau Langkawi 2014 16

Wife pula, tak lari kalau tak singgah shopping. Idaman Suri langkawi ni antara tempat favourite dia untuk shopping pinggan mangkuk, perkakas dapur dan pelbagai lagi. Memang normal la kalau datang ke langkawi 3-4 beg, tapi bila pulang dah jadi 6-7 beg. Aduyai, wanita dan shopping memang tidak dapat dipisahkan, kan? Alah membeli, menang memakai, menjana ekonomi negara kata isteri. Hehehehe, sayangkan isteri, turut-turutkan.

Cuti Cuti Melaka 2014 108

Selain Pulau Langkawi, antara destinasi kegemaran kami adalah Melaka. Fuhh, singgah di Coconut Shake tengah panas-panas, memang layan. Sejuk rasa lidah, segar rasa badan. Nyaman untuk meneruskan percutian. Lepas ni kita pergi naik beca pula ya papa?

Cuti Cuti Melaka 2014 76

Malamnya pula boleh singgah di Ikan Bakar Muara Sungai Duyong untuk pekena Seafood. Lokasi ni antara tempat pekena seafood yang popular di Melaka. Rasanya yang sedap dengan harga yang berpatutan. Part tak tahan, queue panjang especially time cuti sekolah. So, rancangla perjalanan anda kalau singgah di sini.

Bukit Bendera Pulau Pinang 8

Selain tu, Pulau Pinang antara destinasi pilihan untuk bercuti time cuti sekolah. Singgah di Bukit Bendera,menaiki feri,lalu di jambatan pulau pinang, singgah makan di pelbagai lokasi menarik dan jalan-jalan sekitar bandar mencari jeruk etc. Memang layan. Anak-anak dan keluarga pun enjoy dapat singgah disini.

Cuma, kalau time cuti sekolah ini antara yang memeningkan kepala adalah kos percutian i.e. tiket kapalterbang, penginapan dan pelbagai lagi. Fuhh, satu tempat bercuti seisi keluarga at least kena ada dalam Rm500+ juga untuk pelbagai perkara di atas.

Pengalaman Terbang Malindo Air 20

Tiket kapalterbang misalnya. Time cuti sekolah, harga memang mencanak-canak. Mata terbeliak tengok harga yang jauh meningkat jika dibandingkan sebelum cuti sekolah. Yerla, ramai nak spend quality time bersama keluarga dan merehatkan fikiran.

Mujurla dengan Promosi Istimewa Traveloka, boleh ushar-ushar promosi menarik dan rembat mana yang berkenan di hati antaranya promosi tiket kapalterbang, promosi istimewa joint venture antara Traveloka dan kad kredit di Malaysia dan pelbagai lagi. Promosi menarik, harga menarik, hati tertarik, grab it bawa anak-anak dan isteri bercuti di lokasi idaman. Yeyy, gembira hati seisi keluarga.

Selain dari promosi istimewa, Traveloka juga turut menawarkan harga berpatutan untuk hotel penginapan, tiket kapalterbang dan terbang dan pelbagai lagi. Laman webnya juga agak user friendly, mudah dinavigasi dan senang untuk register dan mencari promosi istimewa mahupun menempah hotel, tiket kapalterbang, atau promosi istimewa.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom Cuti-Cuti Malaysia bersama keluarga tersayang.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Papa, Cuti Sekolah Nanti Nak Pergi Mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.