Seminar Labur Saham Mega 2016

Sabtu lepas (15 Oktober 2016), saya berpeluang menghadiri Seminar Labur Saham Mega 2016 yand diadakan di Dewan Muktamar, Kuala Lumpur. Event ini dianjurkan bersama Asri Ahmad Academy Sdn Bhd dan Pusat Pungutan Zakat – MAIWP dengan kerjasama daripada Bursa Malaysia, BIMB Securities Sdn Bhd, 9 Equity Wealth Creations Sdn Bhd, Koperasi Remisier Bumiputera Bhd dan Malaysian Association of Technical Analyst.

Objektif utama Seminar Labur Saham ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang peluang dalam pasaran saham, saham-saham yang patuh syariah di Bursa Malaysia dan tanggungjawab menunaikan zakat seperti zakat saham, zakat pendapatan, etc.

p_20161015_103923_bf

Sampai-sampai je. Fuhh, penuh dewan atas dan bawah. Event ini berjaya menarik lebih kurang 1,200 peserta yang terdiri dari pelbagai golongan umur. Memang meriah, rasa macam tidak percaya ramai Bumiputera semakin sedar akan Pelaburan Saham.

p_20161015_092051_vhdr_on

Suasana di dalam dewan. Sayut mata memandang. Memang meriah. Time ramai masih dilena mimpi, mengambil peluang mempelajari ilmu yang baru dan meningkatkan ekonomi keluarga.

p_20161015_095714

Sesi soal jawab bersama Haji Mohd Asri  Haji Ahmad dan wakil dari Pusat Pungutan Zakat – MAIWP. Sempat saya bertanyakan soalan tentang promosi pelaburan saham yang belum begitu meluas jika dibandingkan dengan pelaburan saham dengan pelbagai platform, sifu-sifu dan hebahan dari pelbagai pihak tentang pelaburan hartanah. In Shaa Allah, in future akan diadakan kolaborasi antara Sifu-Sifu hartanah dan juga Pelaburan Saham.

p_20161015_103237_vhdr_on

Tengok. Sampai duduk bersila untuk mendengar ilmu yang disampaikan. Event dimulakan dengan ceramah daripada pihak PPZ berkenaan kewajipan menunaikan zakat. Antara key take away yang boleh saya ambil –

1) Jangan mudah menuding jari. Kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai pembayar zakat. Samada sampai kepada Asnaf etc, tanggungjawab kita sudah dilaksanakan. PPZ misalnya semakin meningkatkan usaha untuk membantu golongan asnaf yang layak.
p_20161015_104155_vhdr_on

Atas bawah penuh peserta. Tak sabar untuk menimba ilmu yang bakal diajarkan. Menanti sifu @ mentor Pelaburan Saham iaitu Haji Mohd Asri  Haji Ahmad.

p_20161015_105508_vhdr_on

Yieza. Masa berlalu begitu pantas. Banyak ilmu dikongsi oleh Haji Asri. Jatuh bangun beliau. Perjuangan beliau bagi memandaikan bangsa especially kaum bumiputera supaya lebih celik tentang Pelaburan Saham dan tolak ketepi persepsi negatif berkenaan Pelaburan Saham.

Antara key take away yang dapat saya pelajari di Seminar ini antaranya –

1) Potential return >10% setahun melalui pelaburan Saham – Melalui cara dan ilmu yang betul, pelaburan saham mampu memberikan pulangan yang menawan. Perkongsian di sesi ini misalnya turut berkongsikan case study, good saham yang boleh dibeli, etc.

2) Golongan Bumiputra masih jauh ketinggalan dalam pelaburan Saham.

3) Pelaburan Saham tidak memerlukan modal yang besar. Boleh bermula dengan hanya RM1 ribu. Buka akaun CDS (Central Depository Service) tidak memerlukan dokumen yang banyak dan hanya dikenakan charge sebanyak RM10.60 untuk membuka akaun.

4) Zakat menyucikan harta dan rezeki lebih murah

5) Mitos-mitos saham yang perlu dijauhi antaranya saham untuk orang kaya sahaja dan saham boleh menyebabkan bankrupt.

6) Jangan Meminjam untuk Melabur Saham

7) Pelaburan Saham pasti ada Untung dan Rugi. Dengan Ilmu yang betul, In Shaa Allah dapat membantu maximisekan return pelaburan saham

8) Bila nak bermula? What stopping you? Buka Akaun CDS

9) Jenis-jenis saham yang boleh dibeli untuk long term

p_20161015_125544_vhdr_on

Antara anak-anak murid Tuan Haji Asri yang telah berjaya kini. Ada antara mereka secara konsisten menjana 4-5 angka sebulan melalui pelaburan saham. Kagum dengan pencapaian mereka.

Baca Sini –> Panduan Analisa Jual Beli Saham

p_20161015_131311_vhdr_on

Perkongsian salah seorang anak murid Tuan Haji Asri yang kurang upaya kerana kemalangan namun mampu menjana 4-5 angka sebulan dengan pelaburan saham walaupun hanya dengan tiga jari yang dapat digunakan.
p_20161015_141302_vhdr_on

Kaunter untuk buka akaun CDS melalui BIMB Securities Sdn Bhd. Better late than never.

p_20161015_145204_vhdr_on

Joget, joget. Positifkan diri.Strong energy dan berani bertindak.

p_20161015_164039_vhdr_on

Perkongsian Fizo Omar yang turut memberikan kesan ke atas diri saya. Fizo Omar berkongsikan rahsia kejayaan perniagaan bisness Coconut Shake di Melaka yang famous. Rahsianya? Jangan lupa bayar zakat. The more you give, the more you will get.

p_20161015_171512_vhdr_on

Overall experience, 9/10 dan sangat berpuas hati. Lepas ni rasa nak join lagi Seminar Saham sebegini dan belajar dari yang lebih pakar. Nak melabur kena ada ilmu dan guru, tidak begitu?

Info lanjut berkenaan Seminar yang akan dianjurkan dan Pelaburan Saham, bolehla layari www.asriahmadacademy.com atau email ke events@asriahmadacademy.com atau hubungi penganjur di 0176600570

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Seminar Labur Saham Mega 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.