Kerap Mengantuk di Siang Hari

Sejak sebulan dua ni, kerap rasa mengantuk di siang hari walaupun malam sebelum tu sudah tidur yang cukup. Saya pergi berjumpa Doktor di Klinik, doktor rekomenkan untuk berjumpa pakar ENT (Ear nose and throat). Katanya mungkin saya ada masalah sinus or masalah pernafasan.

Saya googling around, terjumpala entri Aku dan penyakit resdung/sinusitis . Simptom yang lebih kurang sama dengan saya sekarang. Simptom ‘fatigue’ atau kerap mengantuk di siang hari.

Sayapun set appointment dengan Doktor yang sama iaitu Dato’ Dr. Mohd Husni Ahmad (“Ear, Nose and Throat surgery”) beberapa minggu yang lepas di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

img_0476

Register dan jumpa Doktor di biliknya. Memang ramai orang time tu. Saya yang kedua last. Memang baik orangnya. Profesi0nal dan menerangkan lebih lanjut. Katanya saya mempunyai masalah oksigen susah sikit masuk disebabkan ruangan tengkuk dan hidung yang semakin sempit. Faktor lifestyle, kurang bersenam dan juga pemakanan. No wonder la.

img_0543

Untuk short term, dia berikan ubat Nasonex untuk disemburkan di hidung pada waktu pagi. Memang berkesan. Rasa lebih segar dan nyaman.

img_0544

Untuk malam diberikan ubat Snore no more. Guna sebelum tidur untuk kurangkan berdengkur dan saluran udara lebih selesa. Untuk long term Dr. Husni sarankan saya buat sleep test semalam di hospital. Katanya berkaitan dengan Sleep Apnea. Alhamdulillah, dah buat tapi result belum keluar. Nanti saya kongsikan pengalaman sleep test pula.

Camni la bila dah berusia dan kurang mengambil berat kesihatan/pemakanan. Lepas ni kena rajinkan terjah gym dan bersenam. Jaga pemakanan terutamanya karbohidrat dan makanan yang kurang berkhasiat. Easy said than done tapi kena lakukan demi keluarga tersayang.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

23 thoughts on “Kerap Mengantuk di Siang Hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.