Kisah Khusry, Rina dan Permainan Ceper

Satu masa dahulu, dua orang sahabat karib iaitu Khusry dan Rina (bukan nama sebenar) riang gembira di alam persekolahan. Seronok bermain tangkap rama-rama, memetik bunga ditaman, menangkap ikan haruan di kolam, teng teng dan batu seremban. Namun, antara permainan kegemaran mereka adalah:

Permainan Ceper/Cepi
Permainan Ceper/Cepi

Suatu hari –

thumbnail_IMG_0103

thumbnail_IMG_0216

Permainan diteruskan. Rina menguasai permainan dan mendahului mata. Tiba di satu game kedua, giliran Khusry. Alamak, terkena tangan.

Rina – Pilih, hujan ke ribut?
Khusry – Hujan….

Pammppp, Rina bikin ribut. Berteraburan buat ceper dan agak jauh. Berpeluh-peluh di Khusry. Jarak agak jauh untuk dia menjentik buah ceper tersebut. Namun, dia pantang mengaku kalah. Sepanjang dia bermain ceper, dia tidak pernah kalah. Si Uba dan Sang Sebek yang terror pun sebelah jari saja dia kalahkan. Manakan dia boleh kalah dengan Rina,  rakannya itu.

Ceper dijentik, namun sayang. Tidak kena.

Rina – Yeyy, Rina menang….

Khusry berlalu hampa. Dia membawa diri. Sedih dan tidak dapat menerima kekalahan tersebut lalu setahun dia tidak menegur Rina……..

The end

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

18 thoughts on “Kisah Khusry, Rina dan Permainan Ceper

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.