Bantuan PIBG Sekolah Kebangsaan Rusila

Teringat zaman sekolah rendah dulu. Tok Cha cakap aku ni dulu kurus kering. Dia siap panggil kongsikan di group whatsap aku ni macam Osman Kering. Orang lidi, kurus dan kering. Hehehe, zaman sekolah rendah ku di Sekolah Kebangsaan Rusila tidak mungkin dapat kulupakan. Sekolah yang banyak mendidik aku menjadi insan yang lebih berguna, membina peribadi, disiplin dan pelbagai lagi.

Ya, saya asal keluarga susah. Gaji mak dan ayah combine dalam RM300+ sebulan membesarkan kami 4 adik beradik. Pergi sekolah 50 sen sesi pagi, 20 sen sesi petang (kelas agama). Waktu pagi saya suka pergi kantin as makanan di sana sedap-sedap. Nasi lemak, mee goreng, pelbagai lagi. Normally, tak sempat waktu rehat, 50 sen tu dah habis. So, normally waktu rehat jarang saya pergi ke kantin.

Masa darjah 1 hingga 3 (kalau tak silap), dapat bantuan RMT (Rancangan Makanan Tambahan). Memang seronok. Pagi-pagi dapat makan percuma. Duit 50 sen guna untuk makan tengah hari. Namun, sejak darjah 4 dah tak dapat. Saya faham, mungkin time tu lebih ramai yang lebih susah dari saya. Memang terasa tak makan time rehat. Balik rumah cepat-cepat buka tudung saji cari nasi dan lauk untuk dimakan.Hehehe…

Sekolah Kebngsaan Rusila

Baru-baru ni sempat berwhatsap dengan rakan sekolah i.e. Noraini/Ani/Apek. Dia ada menceritakan masalah/isu di Sekolah Kebangsaan Rusila kini. Ani memberikan no telefon Guru Besar sekarang iaitu Cikgu Zakaria. Menurut kata Ani/Apek, Cikgu Zakaria ni begitu prihatin terhadap murid-murid di sini. Banyak yang di personally support murid-murid di sini. Kadang-kadang dibawakan anak-anak miskin makan di KFC.

Sempat saya tanyakan CIkgu Zakaria @ Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rusila. Ini antara info yang dapat saya kongsikan –

thumbnail_IMG_0243

Info terkini –

Anak yatim – 22 orang
Miskin tegar – 78 orang

Total – 100 orang

thumbnail_IMG_0242

Bantuan diperlukan antaranya untuk pakaian sekolah, pakaian pendidikan jasmani, baju raya, berbuka puasa, bantuan duit rehat etc. Saya faham, zaman sekarang kos sara hidup semakin meningkat. Banyak ibubapa terpaksa ikat perut untuk membesarkan anak-anak. Teringat kisah rakan sekolah masa darjah 4-5 dulu, kalau tak silap Abu namanya. Hari-hari dia bawa duit ke sekolah 20 sen. Setiap dua hari baru dia pergi ke kantin sekolah. Baju dan pakaiannya comot, duit disimpan dalam stokin.

IMG_0213

Selain bantuan kewangan bagi yang ada masa terluang mungkin dapat luangkan masa berikan talk bagi memotivasikan pelajar disini. Saya faham, ramai antara Alumni SKR telah berjaya menjadi doktor, peguam, cikgu, kontraktor, usahawan berjaya dan pelbagai lagi.

Di sini, saya memohon supaya sama-samalah kita membantu. Sedikit sebanyak ianya dapat meringankan beban adik-adik/anak-anak di sana. Anggapla bantuan kita ini sebagai membalas budi sekolah yang telah banyak berjasa kepada kita. Bantuan bolehla disalurkan/dibank in kan terus ke –

No akaun : 111431000221 
Nama Bank : Bank Kerjasama Rakyat
Nama Akaun : Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Rusila
Contact person : 0199348690 (Cikgu Zakaria, Guru Besar SKR)

Sama-sama juga kita doakan adik-adik yang bakal mengambil peperiksaan yang bakal bermula.

Sekolah Kebangsaan Rusila tetap dihati
Mengimbau kenangan dan memori
Jasa dicurah sukar diganti
Bersama membantu semoga dimurahkan rezeki

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Bantuan PIBG Sekolah Kebangsaan Rusila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.