Tips dan Persediaan Untuk Pendaftaran Anak Tahun 1

Assalamualaikum!

Bila anak melangkah ke alam persekolahan, ibubapa lah insan yang paling sibuk menguruskan pelbagai persiapan untuk memudahkan dan melancarkan urusan persekolahan mereka. Persiapan seawal 1-2 tahun sebelum kemasukan ke sekolah rendah perlu dirancang dengan baik agar ibubapa tidak terbeban dan mengalami masalah di kemudian hari.

Tak dinafikan ketika mengurus kemasukan sekolah anak saya yang pertama dulu mengalami kesukaran kerana tiada pengalaman dan tidak merancang lebih awal. Namun, alhamdulillah untuk anak kedua, urusan kemasukan ke sekolah rendah menjadi lebih mudah dan cepat.

Justeru, diharap tips yang dikongsikan ini dapat membantu ibubapa di luar sana yang mungkin tertanya-tanya apakah jenis persiapan yang boleh dipraktikkan untuk anak mereka nanti.

pendaftaran-tahun-1

Tips Persediaan Mendaftar Anak ke Tahun 1

  • Rancang penempatan Sekolah Rendah anak

Kebanyakan ibubapa lebih cenderung memilih sekolah yang dekat dengan kediaman mereka. Bagi saya, lebih senang menempatkan anak-anak di sekolah yang dekat dengan pejabat kerana kemudahan pengangkutan dan transit untuk mereka. Untuk semakan jenis-jenis sekolah  pula, anda boleh semak di portal rasmi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Untuk kawasan Kuala Lumpur & Selangor, anda boleh ke :

Apapun pilihan anda, pastikan urusan pengangkutan seperti van/bas sekolah anak juga diberi perhatian untuk memudahkan pergerakan mereka pergi dan pulang dari sekolah.

1

  • Daftar online Darjah 1

Anda boleh mula mendaftar anak secara online dengan mudah! Sebaiknya daftar seawal 1-2 tahun sebelum anak anda berusia 7 tahun. Untuk memastikan anda tidak ketinggalan sebarang info, anda perlu sentiasa alert dengan pengumuman yang dibuat di portal rasmi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

  • Pakaian & Kelengkapan Sekolah

Bagi mengelakkan membeli disaat-saat akhir, sila pastikan kelengkapan seperti baju sekolah, buku, kasut, beg dan alat tulis dibeli lebih awal. Belilah mengikut keperluan dan elakkan pembaziran.

Selain itu, ibubapa perlu menyediakan anak-anak dengan ‘bekalan’ sosial yang baik sebelum memasuki sekolah rendah. Persekitaran yang baik akan menjadikan komunikasi lebih efektif dan anak-anak akan lebih mudah membiasakan diri di tempat baru serta berkenalan dengan ramai kawan baru.

  • Perbelanjaan & Yuran Sekolah

Yang ni pun penting juga ye hehe. Anda perlu mengasingkan bajet untuk yuran persekolahan anak bagi mengelakkan dari masalah ‘tak cukup bajet’ atau ‘terlebih belanja’.

Sekiranya anda menghantar anak ke sekolah agama, asingkan juga bajet yuran untuk sekolah agama agar tidak bercampur dengan yuran lain.

Dapatkan di Sini –> Rahsia Anak Pintar Membaca Sebelum Tadika

Diharap tips ringkas ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam persediaan anda menguruskan persekolahan anak terutamanya yang baru hendak memulakan sesi persekolahan. Sebolehnya, kita pasti inginkan segala urusan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Untuk itu, perbincangan dan perancangan awal perlu dibuat agar anak-anak kita selesa dan gembira belajar di sekolah.

Entri ini ditulis oleh penulis jemputan, penulis merupakan seorang mommy blogger separuh masa di www.hanimhashim.com, juga ibu kepada dua orang cahaya mata. Mula menulis di blog sejak tahun 2012, penulis bermula dengan hanya suka-suka berkongsi cerita kisah anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Penulis juga menulis tentang Parenting & Lifestyle, Food, Paid Review dan Event.”

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.