Sunway Hotel Malaysia

Sebut saja Sunway Hotel mesti ramai yang terfikir Sunway Lagoon, Sunway Pyramid, Bandar Sunway. Siapa tak kenal Sunway Group memang bukan orang Malaysia. Sunway Hotel ni ada banyak, dekat Malaysia ni je ada 8 hotel milik Sunway Group. Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Pyramid, Sunway Putra Hotel, Sunway Georgetown, Sunway Seberang Jaya, Sunway Lost World Hotel dan The Banjaran Hotspring. Banyak kan!

Selain itu, Sunway hotel ada juga di Cambodia dan Vietnam. So kalau pergi melancong ke sana, boleh la duduk dekat hotel Sunway di sana.  

Saya sendiri pernah menginap di Hotel Pyramid Tower. Lokasi yang strategik, penginapan yang selesa, kemudahan parking yang banyak, pengalaman yang mempesona dan teruja.

Sunway Lagoon Theme Park

Sunway Lagoon ni adalah antara theme park yang paling lama di Malaysia. Jangan tak tau, Sunway Lagoon Theme Park ni dah di iktiraf sebagai Asia’s Best Waterpark dan Asia’s Best Atraction oleh IAAPA. Memang Sunway Lagoon ni terkenal sebagai pusat pelancongan yang best terutamanya untuk yang ada anak-anak.

Apa yang menarik di Sunway Lagoon ni taman-taman tema yang ada di dalamnya. Ada water park, amusement park, wildlife park, extreme park, scream park dan Nickelodeon Lost Lagoon. Kalau nak main air dekat water park dan Nickelodeon tu.

Dekat water park korang boleh la main permainan yang ada macam Vuvuzela, Congo Challenge atau nak merasa macam mandi di tepi pantai dekat Surf Beach.

Antara yang korang kena cuba jugak dekat water park ni ialah Waterplexx 5D. Virtual ride yang akan ada pergerakan kerusi, angin, kabus dan air. Perasaan macam korang sendiri yang alami perjalanan kat dalam tu.

Kalau bawa anak-anak ke Water Park ni memang seronok. Sejuk badan pun anak belum nak keluar. Seronok bermain air dan tidak mahu melepaskan peluang untuk lebih lama berada di sini.

Kalau datang bersama dengan ahli keluarga yang lain, memang meriah.

Amusement park pula ada pelbagai rides atau permainan yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Nak yang extreme pun ada macam Pirate’s Revenge. Kapal lanun yang berayun 180 darjah dan korang akan terbalik kepala di bawah badan di atas. Siapa-siapa yang takde iman yang kuat atau ada sakit jantung dinasihatkan tak payah la cuba.

Bila dah penat dan rasa nak berehat-rehat boleh la cuci mata di Wildlife Park. Boleh tengok-tengok singa putih yang datang jauh dari Afrika atau beruang, ular, landak dan macam-macam lagi.

Burung-burung pun banyak di WildLife Park. Anak-anak tentu seronok dengan pelbagai spesis burung terdapat di sini antaranya burung merak, burung helang, burung nuri dan pelbagai lagi.

Korang boleh mula dengan bermain di water park dan taman-taman lain kemudiannya ataupun water park last skali. Sebabnya kena tukar baju lepas water park tu. Jadi plan la betul-betul ye yang mana satu nak terjah dulu.

Sunway Lagoon turut menjadi destinasi pilihan untuk buat Family Day i.e. tempat kerja saya sudah beberapa kali berfamily day di sini. Memang meriah, lokasi strategik dan pelbagai aktiviti boleh diadakan i.e. acara tarik tali.

Bila dah jumpa kawan, lagila. Lagila susah nak ajak anak balik. Takpela, yang penting berbaloi, puas hati, satu keluarga gembira dan dapat menenangkan fikiran sambil gembirakan hati insan tersayang.

Harga Tiket

Harga tiket dekat sini agak mahal jugak tapi rasanya berbaloi dengan 5 taman tema berlainan yang ada dekat dalam tu. Rates dia lagi murah kalau korang bawak MyKad atau beli Online. Dewasa RM120, kanak-kanak dan warga emas (60 tahun ke atas ye) RM96.

Harga tiket untuk per entry tu boleh main semua kecuali yang kena bayar per-ride macam Bungy Jumping, G-Force X dan Go-Kart. Yang tu kena bayar asing la dari tiket biasa.

Jangan bawak makanan atau minuman dari luar sebabnya nanti ada sesi checking beg di pintu masuk. Memang tak dibenarkan nanti diaorang akan suruh tinggalkan dalam locker diluar atau terpaksa la buang je. Takpun korang sedekah la dekat staff-staff yang jaga tu.

Waktu operasi Sunway Lagoon dari jam 10 pagi sampai la jam 6 petang. Kaunter tiket pukul 9.30 dah bukak. Kalau datang ke Sunway Lagoon ni, memang disyorkan untuk habiskan masa seharian baru puas hati. Itu pun mungkin tak cukup untuk bermain semua permainan dan taman tema yang ada.

Penginapan dan transportation

Bagi yang luar dari KL dan selangor boleh la check in dekat Sunway Hotel Resort atau boleh check dekat https://www.traveloka.com/en-my/ untuk check hotel-hotel lain yang berdekatan selain dari Sunway Hotel Resort.

Siapa-siapa yang memang duduk berdekatan boleh la drive sendiri dan parking di Sunway Pyramid. Atau guna pengangkutan awam seperti bas dan LRT. Bas boleh naik dari KL Sentral atau dekat Pasar Seni. LRT pulak boleh la turun dekat Kelana Jaya dan naik bas ke Sunway Pyramid.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Sunway Hotel Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.