Sedekah Pembuka Rezeki – Pengalaman Peribadi

084626075716207

Kelebihan Sedekah – My Story :

Alhamdulillah, terimakasih diucapkan buat semua yang sama-sama membantu Pak Da. Bantuan dari segi kewangan dan juga bantuan sama-sama menghebahkan, share untuk meringankan beban Pak Da.

Saya berkongsi pengalaman peribadi. Hebatnya sedekah/membantu insan lain yang memerlukan. Beberapa hari selepas saya kongsikan kisah Pak Da

1) Rumah sewa saya disambar penyewa selepas almost 2-3 bulan mencari penyewa gagal. Sampaikan saya menanyakan potential penyewa yang datang site visit, apa tak kena dengan unit saya ya? Kadar saya sewakan lebih murah dari market value, dicat sepenuhnya dan ditambah peti sejuk dan mesin basuh.

Ditemukan bakal penyewa yang nak masuk URGENT. Mula-mula hati berbelah bagi, ok ke bakal penyewa ini? Namun selepas tapisan dan praktikkan apa yang diajarkankan seperti di Tips Sewaan Rumah , potential penyewa melepasi tapisan dan kriteria-kriteria penyewa yang saya inginkan. Pekerjaan seorang guru, mampu bayar deposit seperti dipinda, dan mengemukakan dokumen sokongan i.e. salinan IC dan slip gaji.

2) Dah lama tidak dapat sponsored post untuk blog selepas dah almost ‘separa pencen ni’. Dapat e-mail untuk buat sponsored post dengan bayaran yang agak menarik.

Kuasa sedekah… Allah mudahkan perjalanan hidup selepas saya kongsi kisah Pak Da….

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Sedekah Pembuka Rezeki – Pengalaman Peribadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.