Merantau Mencari Rezeki di Negara Orang – Pengorbanan Seorang Ayah

Macha, bila mahu balik India? Itula yang sempat kutanyakan ketika berjumpanya beberapa hari yang lepas. Owh, sudah balik la boss. Baru saja balik. Sempat jumpa isteri dan anak-anak. Anak2 dua orang masih belajar.

IMG_0018

Inilah “Macha’. Sempat ambil gambar basikalnya saja. Seorang pencuci kereta di kondominium milik kami. Berbangsa India, gigih mencari rezeki di negara orang demi keluarga di halaman dapat makan, minum, dan tempat tinggal yang sempurna. Sudah almost 10 tahun kami menggunakan khidmat macha ini, sudah bersilih ganti ditukarkan kepada kawan-kawan.

Satu bulan, satu kereta bayar RM30. Datang cuci. Bersih, tak perlu nak risau kereta kotor tiap-tiap minggu. Inilah pengorbanannya, meninggalkan keluarga dan anak-anak beribu batu demi mencari rezeki yang lebih. Balik kampung sekali or dua kali setahun. Bawa wang untuk family. Rajin dan tidak pernah mengenal putus asa.

Rezeki, rajin mencari di mana-mana boleh mencarinya. Macha ini misalnya, saya estimate income sebulan adalah dalam RM2K-5K sebulan. Income tax free. EPF tak perlu bayar. Rezeki miliknya.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

6 thoughts on “Merantau Mencari Rezeki di Negara Orang – Pengorbanan Seorang Ayah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.