Ayah, Adik Nak Susu

susu-tepung

Ayah, adik nak susu. Adik, ayah tak boleh belikan susu, ayah takde duit.

Sayu hati ini bila Si isteri berkongsikan kisah adik pengasuh, seorang ayah yang kini dalam masalah kewangan sampaikan susu tepung pun untuk anak bongsunya pun tidak dapat dibelikan. Papa, kalau mama kasi susu Alisya ni untuk anak-anak Pak da ni (adik pengasuh), boleh ke?. Boleh sayang, kasila. Kasi sekali barangan dapur /makanan yang lain untuk anak-anak Pak Da ini.

TAXI-MALAYSIA

Pak Da @ adik pengasuh diuji dengan ujian yang begitu berat kini. Pak Da adalah seorang pemandu teksi. Isterinya kerja kilang dan mempunyai 3 orang anak yang masih kecil lingkungan 5-10 tahun. Gaji tidak seberapa dan menetap di rumah sewa. Dilanda ujian, si isteri disahkan mengidap kanser Payudara Stage 3 dan berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan kimoterapi. Sebak si anak-anak tidak dapat bermanja dengan Si ibu seperti dulu, perbelanjaan seharian turut terganggu.

Banyak kos diperlukan dan perbelanjaan banyak dihabiskan untuk rawatan perubatan si Isteri. Keluarga-keluarga terdekat ada membantu namun ianya tidak mencukupi. Sampaikan road tax teksi yang sudah mati pun kini tidak disambung. Pengasuh cuba pinjamkan wang tapi ditolak. Katanya sudah banyak bantuan pengasuh memberikan pinjaman kewangan dan menjaga anak-anaknya.

Sedang cuba untuk dapatkan bantuan dari pihak berkenaan i.e. Lembaga Zakat namun masih dalam proses lagi.

Di sini, saya memohon insan-insan mulia di luar sana andai ada rezeki lebih mohon bantuan meringankan beban Pak Da. Info lanjut –

Nama Penuh : Mazlan Abu Bakar
Alamat Penuh : 19-1-1 Kelumpuk Kemunting Block C Keramat Wangsa, 54200 Kuala Lumpur
No telefon : 01128948583
Maybank Acc No : 162188542762

Segala jasa baik semoga Allah membalasnya.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

10 thoughts on “Ayah, Adik Nak Susu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.