Rumah depan Kubur – Jual atau Sewakan?

Saya menerima e-mail dari seorang pembaca. Bertanyakan pendapat tentang rumah miliknya (condominium) yang mengadap kubur. Sama ada patut disewakan atau dijual sahaja rumah tersebut –

kuburan

Salam Bro Eyriqazz,

Sejak beberapa bulan lalu sya ade mengikuti blog tuan. Sy tertarik dgn cara tuan menguruskan rumah sewa tuan. Jadi di sini saya ingin pendapat dari pihak tuan jika tuan berkelapangan.
Saya memiliki sebuah apartment di Taman Sabha Impian, Kajang. Unit ni baru shj siap pada pertengahan tahun ini. Masalah nya unit saya ni berhadapan dengan kubur cina.
Unit dibeli = RM276,767 (loan)
Buyer nak beli = RM280,000
Kadar sewa = RM 1200 (mengikut iklan di sekitar apartment)
Installment bulanan = RM1300
Maintenance = RM100
Parking = 2 bays
Jadi berdasarkan pada maklumat di atas dan juga pengalaman tuan, adakah patut saya jual atau sewa kan?
Minta jasa baik tuan untuk memberikan sedikit nasihat pada saya.

Ribuan terima kasih dar saya.

Pandangan peribadi saya –

1) Jualkan pada harga RM280,000, harga dibeli (RM276,767 (loan)). Saya menjangkakan property ini dibeli pada harga RM300K+.

Positif side – Unit terjual, kurang terbeban

Negatif side – Harga dijual below harga dibeli. Kalau above, maybe kena RPGT. Then mungkin kena bayar penalty lock in period daripada financier (banker)

Option 2 – Sewakan

Negatif cashflow of RM200. Unit mengadap kubur yang mungkin lebih menyukarkan mendapat penyewa.

Pandangan peribadi saya, better unit ini disewakan dahulu atas sebab berikut –

1) Circle market sekarang adalah buyer market / market tengah down i..e banyak property below harga market. Bank makin ketatkan lending, sukar nak mendapatkan pembeli berkualiti yang sanggup membeli pada harga market value. Market value potentially jatuh.

Saya syorkan, sewa dahulu dan wait market to stabilise i.e. within 3-5 years, dan jualkan property tersebut sekiranya masih negatif cashflow/sukar mendapatkan penyewa. Saya ras masih ada penyewa yang tak kisah unit mengadap kubur cina cuma mungkin boleh dikreatifkan lagi unit supaya ianya nampak lain dari yang lain i.e. masukkan machine basuh, washing machine dan aircond. Normally, ramai orang bujang sukakan extra dalam rumah untuk disewakan.

That’s my personal opinion. Tepuk dada, tanya selera.

Bagi yang bercadang untuk membeli atau menjual rumah di KL/Selangor, bolehla hubungi saya (Iman/Eyriqazz) di 0139263127

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

7 thoughts on “Rumah depan Kubur – Jual atau Sewakan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.