Berapa Modal dan Untung Bisnes Air Balang

bISNES aIR BALANG

Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..

– 1 unit kanopi 10 x10 : RM150
-1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
– 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
– 2 kerusi : RM 10-RM20
– 1 alas meja : RM30-RM40
– 1 senduk air gula: RM10 (maksima)
– 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
– 1 unit bekas air gula: RM5-10
– 1 pek plastik bungkus Air 7×10 atau 8×12: RM4 – 8(Per pack )
– Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
– 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
– 1 dozen Straw: RM 5-6
– Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)

Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM800. Tak sampai pun seribu ringgit!

BERAPA PULA MODAL HARIAN?
————————–
Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang.

Bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual! Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10.

POTENSI JUALAN & UNTUNG?
—————————–
Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari.

Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.

Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang = RM405

Tolak modal harian… RM405 – RM100 = RM305

Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar (lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung atau hari hujan)…

RM305 X 25hari = RM7,625

UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!

header

Amacam? Berminat?


Kalau berminat nak tahu lebih details selok belok pasal bisnes air balang ni! Boleh klik link ini —>Panduan Bisnes Air Balang 

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

7 thoughts on “Berapa Modal dan Untung Bisnes Air Balang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.