Tempat-tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Di Kuala Lumpur

Assalamualaikum!

Kuala Lumpur merupakan antara bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di dunia! Bagi pelancong yang berkunjung ke Malaysia, kembara jelajah mereka takkan lengkap jika tidak menjejakkan kaki ke bandar metropolitan ini.

Antara faktor yang menjadi pilihan pelancong untuk berkunjung ke sini ialah kerana keadaan iklim kita yang panas dan lembap sepanjang tahun. Iklim tropika yang kita miliki menarik minat pelancong khususnya yang datang dari negara beriklim sejuk dan ini menjadikan Malaysia antara destinasi percutian yang wajib dikunjungi!

Kuala Lumpur Bandar Metropolitan

Bercakap tentang Kuala Lumpur, bandar metropolitan yang ada segalanya yang anda perlukan. Makanan? Membeli-belah? Muzium dan galeri? Kesihatan? Fesyen? Monumen bersejarah? Seni & kebudayaan? semuanya ada di sini!

kl

Samada anda datang sebagai pelancong, sekadar melawat atau bercuti bersama keluarga, pastinya Kuala Lumpur tempat yang perlu ada dalam senarai wajib untuk dilawati dan diterokai kecantikannya. Sudah tentu ada aktiviti menarik sesuai untuk anda juga!

Dan bagi mereka yang suka menikmati pemandangan terbaik dari bandar Kuala Lumpur, anda disyorkan cari hotel berdekatan dengan pusat bandar. Tidak dinafikan Kuala Lumpur mempunyai pelbagai jenis penginapan yang boleh dipilih sesuai dengan bajet yang kita ada. Baik dari rumah tumpangan, hotel bajet, homestay mahupun hotel mewah bertaraf bintang mampu memberikan keselesaan sepanjang anda berada di sini.

Dah sedia untuk terokai Kuala Lumpur? Jom kita mulakan! ^^

Tempat-tempat Menarik Yang Boleh Anda Lawati Di Kuala Lumpur

Sekiranya anda sampai di bandar Kuala Lumpur, perkara pertama atau tempat pertama yang mesti anda jejakkan kaki ialah :

klcc
1) Kuala Lumpur City Centre (KLCC)

Menara Berkembar Petronas ini berketinggian 452 meter dari tanah, dan mempunyai 88 tingkat yang mana kebanyakkannya ada pejabat-pejabat dan dilengkapi dengan membeli-belah yang terletak di tingkat bawah iaitu Suria KLCC. Kedua-dua menara ini dihubungkan melalui sebuah jambatan dua tingkat (double-decker) di tingkat 41 dan 42 yang mana panjangnya 192kaki dan tinggi 175m dari atas tanah.

Menara Berkembar PETRONAS pernah mencatat rekod sebagai bangunan tertinggi di dunia sehingga tahun 2004.

aqua22

2) Aquaria KLCC

Lokasinya di tengah-tengah “Segitiga Emas” Kuala Lumpur dan anda hanya perlu berjalan kaki dari Menara Berkembar PETRONAS untuk sampai ke sana. Aquaria KLCC adalah sebuah akuarium laut dalam bangunan yang mempamerkan lebih 5,000 jenis hidupan akuatik yang bergerak bebas dalam 60,000 kaki persegi ruang kaca di Concourse Level KLCC.

kltower

3) Menara Kuala Lumpur (KL Tower)

Berketinggian 421meter, mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia ini adalah menara ke-4 tertinggi dinuia. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Ia terletak di puncak Bukit Nenas.

Menara Kuala Lumpur dikelilingi oleh kehijauan Hutan Hujan Simpan Bukit Nenas, ia membentuk satu mini ekosistem yang terletak di tengah-tengah bandar menjadikan ia unik dan tersendiri.

petrosains

4) Petrosains (The Discovery Centre)

PETROSAINS terletak di tingkat 4 pusat membeli belah Suria KLCC. Ia menawarkan pengunjung gambaran tentang industri minyak dan gas di Malaysia, dengan penggunaan kepakaran teknologi tinggi.

Jadi, apa tunggu lagi! Sekiranya anda belum jejakkan kaki ke tempat-tempat yang dinyatakan di atas, maka sudah tiba masanya anda dan keluarga memulakan pengembaraan ke bandaraya Kuala Lumpur hari ini! ^^

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Kuala Lumpur saya syorkan menempah melalui Agoda.com atau Trivago kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Entri ini ditulis oleh penulis jemputan, penulis merupakan seorang mommy blogger separuh masa di www.hanimhashim.com, juga ibu kepada dua orang cahaya mata. Mula menulis di blog sejak tahun 2012, penulis bermula dengan hanya suka-suka berkongsi cerita kisah anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Penulis juga menulis tentang Parenting & Lifestyle, Food, Paid Review dan Event.”

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

7 thoughts on “Tempat-tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Di Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.