Tayar Kereta Bocor – Apa Nak Buat?

Weekend lepas, sebelum perjalanan pulang dari Kuantan ke Kuala Lumpur, isteri bagitahu yang tayar kereta seakan-akan bocor. Papa tak isi angin ke? Singgah di Stesen Minyak Shell untuk pam tayar. Fuhh, bacaan start dari 14. Saya dah perasan lain macam. Rasanya memang betul tayar kereta bocor.

Camne ni? Dah la hari Ahad, banyak bengkel kereta tutup.Pusing punya pusing, jumpa la satu bengkel tayar yang buka. Check punya check –

IMG_9611

Memang tayar kereta saya bocor. Ehh, ni kereta baru kan bang? Perasan juga pekerja tersebut. Maybe melalui Plat kereta. Yerla bang, sekarang ni banyak jalan rosak. Paku dan benda tajam merata-rata.

thumbnail_IMG_9612

Ambil, inila dia. Pantas mamat tu buat kerja. Tak sampai 10 minit siap, tayar kereta yang bocor ditampal. Kosnya RM10. Normally, tampal tayar begini dalam RM5-RM10 harganya.

Alhamdulillah, ilmu yang diperolehi dari Panduan Penjagaan Kereta dipraktikkan. Jimat kos dan both saya dan isteri sempat perasan tayar kereta yang bocor dan langkah seterusnya yang perlu diambil. Settle tampal tayar bocor, teruskan perjalanan.

So, next time kalau tayar kereta anda bocor, kebocoran kecil boleh ditampal dengan kos yang berpatutan. Money save, money earn, net income bertambah, tak gitu?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Tayar Kereta Bocor – Apa Nak Buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.