Review Ebook Aku DiUsha Lembaga

DSC00476

AbangEnsem aka Rakan Blogger @ Sifu Hartanah yang paling saya kagumi. Dia banyak memberikan tunjuk ajar, panduan, dan tips tentang pelaburan hartanah, teknik mendapatkan penyewa dari syurga, tips lulus loan, tips memilih rumah untuk pelaburan, dan pelbagai lagi.

Mini Seminar Sembang Sub-Sale Bersama Abang Ensem 10

Saya antara peserta terawal yang menghadiri seminar Hartanah Abangensem pada tahun 2011. Banyak tips yang saya pelajari. Dari basic until la tips dan trick terbaik dalam Pelaburan Hartanah. Tips diberikan berdasarkan pengalaman peribadinya memiliki lebih kurang 13 unit hartanah sekitar Shah Alam dan sekitarnya.

Hartanah Pertama Saya. Banyak tips saya pelajari dari AbangEnsem untuk maximizekan return hartanah ini

Selain dari Seminar Hartanah, saya turut mengikuti dan mempelajari tips dari Ebook yang dihasilkannya. Boleh katakan kesemua ebook yang dikeluarkan olehnya telah saya baca. Ada yang sempat saya praktikkan, dan ada yang belum saya praktikkan. Overall, rating saya berikan adalah 9/10 untuk ebook-ebook yang dikeluarkannya. Pengalaman peribadi lebih mudah difahami dan dipraktikkan.

Ebook_Aku_Diusha_Lembaga

Ebook terbarunya iaitu Aku Diusha Lembaga  agak dekat dihati dan begitu kena dengan timingnya bagi saya yang tengah nak berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah. Pengalaman peribadi beliau yang diaudit oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri berkenaan Pelaburan Hartanah dan incomenya banyak memberikan pengajaran i.e. dari segi book keeping, dokumen yang perlu disimpan dan pelbagai lagi. Tersilap langkah atau gagal menjalankan tugas sebagai pembayar cukai boleh dikenakan denda (penalty) 4-5 angka bergantung pendapatan yang diperolehi.

Review peribadi saya berkenaan ebook ini, antara point dalam ebook tersebut menyentuh berkenaan –

Penyata Sewa Rumah

1) Pentingnya Merekodkan Transaksi dan Dokumen Disimpan
Income Sewa Rumah misalnya dikenakan cukai. Namun, ada juga potongan yang dibenarkan seperti interest yang perlu dibayar, kos membaiki rumah, cukai taksiran, etc. Dokumen-dokumen ini sangatlah penting especially bila Lembaga datang menyinggah. Tak lupa juga transaksi perbankan i.e. akaun sewa rumah dimasukkan ke bank anda.

2) Mencegah Lebih Baik dari Mengubati
– Kenapa perlu bayar cukai? Penat-penat buat income, goverment ambil? Look on the positive side, cukai anda mungkin digunakan ke arah positif i.e. kesihatan, jalanraya, dan pelbagai lagi. Tersilap langkah bukan setakat kena bayar backdated income tax namun juga penalty yang bakal dikenakan oleh LHDN.

3) No Pain No Gain
– Abangensem turut berkongsi pengalaman peribadi, up n down dalam Pelaburan Hartanah dan apa langkah yang perlu dibuat sekiranya Diusha Oleh Lembaga. Who one, anda mungkin salah seorang daripadanya pada masa hadapan yang bakal diusha Lembaga?

Overall review untuk ebook ini saya berikan 8.5/10 . Info lanjut dan jika berminat untuk dapatkan ebook ini, bolehla dapatkan di SINI

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

4 thoughts on “Review Ebook Aku DiUsha Lembaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.