5 Tempat Menarik di Melaka

Saya senaraikan 5 tempat menarik di Melaka untuk dikunjungi seisi keluarga –

1) Pantai Klebang
1) Pantai Klebang

Kalau Negeri Sembilan ada Port Dickson, negeri jirannya ada Pantai Klebang. Disamping keindahan pantai sedia ada, Pantai Klebang mempunyai pakej lengkap dengan pelbagai tarikan tersendiri!

2 saybackpacker
Menunggang ATV di persisiran pantai

Harga:
RM25 (untuk 7 pusingan. Tips: Bawa pelan-pelan, enjoy the ride!) (Kredit: Saya Backpacker)

3 sayabackpacker
Menunggang kuda padi, Santi dan Puteri yang comel

Harga:
RM10-15 (mengikut jarak tunggangan) (Kredit: Saya Backpacker)

4 audraroslanidotcom
Bukit pasir seakan ‘Sahara’ untuk ‘photoshoot’& menikmati pemandangan matahari terbenam – Kredit: Undercat / audraroslani.com
5 sayabackpacker
Kredit: Saya Backpacker

Bus hotel (Bustel) dan bus cafe – rangka 40 buah bas terpakai diubahsuai menjadi tempat penginapan, tandas&cafe yang unik dan ‘cool’. Setiap bustel ada 2 bilik yang boleh menempatkan sehingga 4 dewasa atau 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Kalau lapar, boleh singgah di bus café yang menyediakan pelbagai pilihan street food yang menyelerakan.

6 sayabackpacker

Kredit: Saya Backpacker

Kredit: Facebook Bustel Klebang Melaka

Alamat:

Bustel Klebang Melaka,
Dataran 1 Malaysia,
Klebang, 75200, Melaka
No Telefon: 019-7414113

Harga(Tips: Pastikan tempah bilik 2-3 minggu awal, tempahan sering penuh):

Hari Biasa: RM80/malam

Hari Hujung Minggu dan cuti umum: RM130/malam

8 teguh prasetyo

Muzium Kapal Selam adalah peluang untuk anda mengenali bagaimana kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini beroperasi. Pakej bermalam juga disediakan bagi mereka yang berminat untuk merasai pengalaman bermalam di dalam kapal selam.

Kredit: Teguh Prasetyo

Alamat:
Muzium Kapal Selam, Dataran 1 Malaysia, Klebang, 75200, Melaka

Masa Operasi:
Hari Biasa:9.00pagi-5.30petang
Hari Hujung Minggu: 9.00pagi-6.30petang

Harga Tiket:
Dewasa : RM 3
Kanak-kanak : RM 1

Pakej bermalam dalam kapal selam:

Harga: RM150/seorang untuk minima 25 orang
Telefon: 06-281 4226 (PERZIM)

Cuti Cuti Melaka 2014 108

Coconut Shake Original Klebang merupakan gerai wajib singgah jika berkunjung ke Pantai Klebang untuk menikmati coconut shake mereka yang dijual dengan harga yang amat berpatutan.

Alamat:

Klebang Original Coconut Shake, 231-1, Batu 3 3/4, Klebang, 75250, Melaka

1 ohbulan
2. The Shore Sky Tower

 The Shore Shopping Gallery mendapat perhatian ramai kerana tarikan Sky Tower di tingkat 42.Dengan ketinggian 163 meter dari paras laut, Sky Tower menjanjikan pengalaman menarik yang bakal menguji tahap kegayatan anda berdiri di atas kaca lutsinar seperti berdiri di atas udara! Bangunan The Shore Shopping Gallery juga menyediakan shopping mall, hotel 4 bintang, Oceanarium, dan banyak lagi!

2 ohbulan

Semasa di Sky Tower, ambil gambar seberapa banyak yang anda mahuTAPI ada satu spot yang anda dilarang untuk ambil gambar dengan kamera sendiri.

3 ohbulan

Untuk mengambil gambar anda di special spot ini, anda perlu menggunakan kamera mereka dengan bayaran RM45.

Kredit: Oh Bulan

Alamat:

The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia
Masa: 10pagi-10malam
Harga:
Dewasa: RM18
Kanak-Kanak: RM15

Website: http://theshoreskytower.com/

Telefon: 06 – 288 3833

1 freeportafamosa
3. Freeport A’Famosa Outlet Village

Freeport A’Famosa Outlet  secara rasminya dilancarakan padahujung tahun 2015.Syurga membeli-belah yang terletak sejam lebih memandu dari Kuala Lumpur ini menawarkan lebih 80 jenama fesyen, pakaian sukan, kanak-kanak, kasut, beg, bagasi, kecantikan, minyak wangi, optikal, dan aksesori dalam keluasan lingkungan 18,000 kaki per segi.Lebih daripada 70 kedai premium di sini merupankan jenama dari luar negara yang menawarkan barangan original dan berkualiti dengan potongan diskaun 30% hingga 70%!

3 theyumlist

Kredit: TheYumList

Freeport A’Famosa Outlet ini berkonsepkan ‘open-air mall’ dan dihiasi tasik, air pancut, dan kincir angin. Seni bina, struktur rekaan, dan susunannya merupakan tarikan utama dengan mengambil ilham daripada seni bina Eropah – sesuai untuk bersantai dan mengambil gambar sebagai kenangan disini.

Alamat:

Freeport A’Famosa Outlet,
Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
Masa Operasi:
Setiap Hari: 10pagi-10malam
Website:http://www.freeportafamosa.com/
Facebook: Freeport A’Famosa Outlet
Telefon: 06-552-8958

1 teguh prasetyo
4. Upside Down House Kredit: Teguh Prasetyo

Seperti yang dimaksudkan oleh namanya, Upside Down House Gallery adalah dimana segala perabot dan dekorasi didalamnya berada dalam posisi terbalik! Semestinya tempat kunjungan menarik untuk menyerlahkan ke-kreatif-an dan kegilaanbergambar anda!

2 gomelaka

Kredit: GoMelaka

Dekorasi dalamannya seperti rumah biasa dan terbahagi kepada bilik tidur utama, bilik tidur anak, ruang tamu, dapur, dan tandas. Staf Upside Down House bersedia untuk mengambil gambar untuk anda (dan mereka akan memberi idea menarik dan kelakar untuk menghasilkan gambar yang kreatif!).

Alamat:
G12 & G14,Jalan Pm 7, Plaza Mahkota, Banda Hilir, 75000 Melaka

Masa Operasi:
Isnin – Khamis: 10pagi-6petang
Jumaat – Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah: 10pagi-9.30malam
Harga Tiket:
Dewasa: RM20
Kanak-Kanak: RM15

1 notachentamummy
5. Muzium Penjara Malaysia Kredit: Nota Chenta Mummy

Muzium Penjara Malaysia merupakan usaha Jabatan Penjara Malaysia untuk memelihara dan memulihara Penjara Bandar Hilir, Melaka yang berusia lebih 100 tahun sejak penubuhannya pada sekitar tahun 1860an.Lawatan anda akan diiringi warden penjara yang akan menerangkan kepada anda segala prosedur dalam penjara dengan membawa anda disekitar penjara, sel-sel banduan, ruang pelawat, dan banyak lagi dibantu oleh pelakon-pelakon dan props yang melakonkan watak banduan.

2 notachentamummyKredit: Nota Chenta Mummy

Terdapat juga Pocket Show yang mempersembahkan lakonan hari-hari dan pengalaman banduan di penjara.Muzium ini mempunyai keunikannya tersendiri kerana tersimpan segala perkara rahsia dan menjadi warisan sejarah penjara, koleksi dokumen, catatan dan artifak untuk rujukan generasi akan datang.

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Melaka saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Tempah Hotel Murah di Melaka di SINI

P.s : Entri ini ditulis oleh Penulis Jemputan, Yuyin Azman. Yuyin Azman yang berusia 21 tahun ini merupakan seorang mahasiswi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang psikologi. Mula menulis di yuyinazman.blogspot.com, blog yang bertemakan psikologi dan lifestyle sejak Mac 2009. Pernah berkerjasama dengan pihak Han Rainforest Resort, Unilever, Restoran Istana Bambu, PTPTN, Quartet Cafe dan Restoran D’saji untuk tujuan promosi.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “5 Tempat Menarik di Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.