Servis Aircond Rumah Sewa

Alhamdulillah, dah nak masuk tahun kedua Penyewa Kedua menyewa unit saya di PV13. Unit terjaga cantik, bayaran on time, memang puas hati. Mereka jaga unit mereka, saya tunaikan janji saya. Agreement baru dibuat namun kadar sewa tetap saya kekalkan. Kadar sewa saya kenakan lebih kurang RM300-400 di bawah kadar sewa semasa unit tersebut.

Servis Aircond Penyewa

Cuaca yang semakin panas sekarang ini, saya offer penyewa saya servis aircond di sana. Kos semuanya ditanggung oleh saya. Berbunga-bunga hati penyewa. Penyewa yang bagus, tak salah kita add on kan servis. Sebagai owner bagi saya, keselesaan penyewa perlu dititikberatkan juga. Penyewa happy, sewa dibayar dengan lebih gembira.

Rezeki pelabur hartanah, kita mudahkan hidup orang lain, hidup dipermudahkan. Berjaya memiliki rumah sewa seterusnya. Yang bestnya, dapat lebih kurang RM50K+ below market value. Bahagianya rasa hati.

P.s : Apa wishlist korang jika menyewa rumah?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

11 thoughts on “Servis Aircond Rumah Sewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.