Bisnes Homestay yang Gagal

Kali ini eyriqazz nak berkongsi pengalaman peribadi. Beberapa tahun lepas, diaproach oleh Senior Universiti untuk terlibat dengan projek JV bersama rakan-rakan pelabur hartanah mereka iaitu mengusahakan homestay di Kuala Lumpur. Unit yang disublet bakal dijadikan homestay ekslusif.

IMG_2768

Inilah pertemuan pertama kami lebih kurang 3 tahun yang lepas. Teruja dengan ‘pitching bisness’ oleh rakan JV tersebut yang saya rasakan timetu mempunyai pengalaman yang power dalam menguruskan homestay kerana dia telahpun menguruskan beberapa unit sublet di kuala lumpur dan mendatangkan hasil yang memuaskan.

IMG_2769

Unit di Regalia Service Apartment yang terletak tidak jauh dari PWTC menjadi pilihan kami. Dari satu unit, dalam masa singkat dua unit. Sambutan agak memberansangkan dari guest dalam dan luar negara i.e. Korea, China, Europe dan pelbagai lagi. Wow, timetu suatu perkembangan yang positif.

IMG_3337

Inilah bangunan yang dimaksudkan. Lokasi yang agak strategik, view menarik, sudah pasti membuahkan hasil kan?

Review Homestay Regalia Studio 7

Ditambah pula dengan swimming pool yang memukau, siapa yang tidak teruja.

IMG_6928

Kusangkakan panas sehingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Bisness yang dirancang hasilnya tidak seperti yang berjalan. Jumlah hasil yang memuaskan namun kos operasi pun banyak ditambah dengan persaingan yang makin banyak dari yang lain seperti cendawan selepas hujan. Ahli-ahli yang tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian termasukla saya yang memang dari awal saya katakan saya hanya boleh bergiat secara part time dan fokus on marketing di Malaysia melalui blog etc.

Bukan mudah bisness homestay/ruang tamu. Main point adalah operasi, marketing dan action yang berkesan. Namun, gagal. Selepas 2 tahun, saya menarik diri. Melayang RM4K+ yang saya laburkan. Satu sen pun saya tidak mendapat keuntungan mahupun modal kembali walaupun dijanjikan akan dibayar secara beransur-ansur at least pinjaman saya kepada JV tersebut.

Lesson learnt dari bisnes yang gagal ini :

1) Jangan terlalu mudah membuat keputusan untuk JV projek/bisness walaupun orang yang mengajak itu rakan baik, saudara mara, etc
2) Kaji betul-betul pro n cons.
3) Make sure ada black n white in case something goes wrong. I.e. apa hak anda, apa yang anda bakal dapat balik etc
4) Bukan senang nak senang. Apa yang dipropose dan ditunjukkan tidak semestinya goes as plan
5) Fail to plan, Plan to Fail.

Bisnes yang gagal ini mengajar saya untuk lebih berhati-hati di masa hadapan supaya tidak membuat keputusan yang terburu-buru dan kalau mahu JV kaji terlebih dahulu ahli dalam projek JV tersebut.

Saya tidak salahkan senior saya mahupun rakan JV. Projek ini, saya salahkan diri sendiri kerana mengikut naluri dan terlalu percayakan orang yang saya kenali bertahun-tahun.

Alhamdulillah, kegagalan ini membawa saya ke arah kejayaan yang lain. Saya belajar dari kegagalan tersebut dan move on dan cari peluang yang lain i.e. pelaburan hartanah dan unit trust. Membuahkan hasil, exceed my expectation.

Bagi yang nak belajar selok belok pelaburan hartanah atau unit amanah (unit trust) dan mahu dapat nasihat saya, bolehla e-mailkan saya di eyriqazz@gmail.com or whatsap saya di 0139263127

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

27 thoughts on “Bisnes Homestay yang Gagal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.