Aduan Pengguna Secret Recipe

Beberapa hari lepas singgah di Secret Recipe. Sejak Secret Recipe tukar menu diorang, saya semakin kurang singgah di Secret Recipe. Datang ni pun kerana sempena birthday anak no. 2 eyriqazz, dia suka sangat dengan kek chocolate Indulgence Secret Recipe. Ini pandangan dan aduan saya sebagai seorang pengguna yang sudah lama bersama Secret Recipe ketika singgah beberapa hari lepas:

IMG_6075

  1. Chicken Grill – Rasanya sudah tidak selazat dahulu .- Antara part mengecewakan, sudahla rasanya tidak sesedap dahulu. Kalau saya berikan rating 1 sehingga 10 (10 paling sedap), maybe saya berikan rating 5. Minta tambah sos blackpepper pun tak boleh. Katanya, sudah special dan satu set banyak tu je dapat. Tak boleh tambah-tambah.

Cuba bandingkan Chicken Grill Secret Recipe dulu (2009). Sangat sedap. Menggiurkan, sos blackpepper melimpah ruah. Siap boleh tambah. Now rasanya kerana dibuat dalam kuantiti yang banyak, jadi rasanyapun sudah agak so-so sahaja.

IMG_6076

2) Servis/Perkhidmatan yang Perlu Diperbaiki
– Timeni singgah di cawangan Taman Melati (bersebelahan MRR2). Charge 10% servis charge namun staff macam nak taknak melayan kami.

IMG_6078

3) Spagheti Bolognese – Ini antara part paling mengecewakan. Rasanya pun sudah tidak sesedap dulu plus cheese nya, keras semacam. Nak makan pun kurang berselera.

IMG_6079

Berketul-ketul. Mungkin nak cepat agaknya. Tapi nampak macam customer tiadalah ramai mana.

Buat Secret Recipe, perbaikila mutu. Treat customer sebaiknya. Jika tidak, saya rasakan mungkin dalam beberapa tahun lagi, Secret Recipe mungkin mengalami nasib yang sama seperti Nasi Lemak Antarabangsa ataupun Sekinchan Ikan Bakar. Franchise habis ditutup.

P.s : Apa pengalaman last korang di Secret Recipe?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Aduan Pengguna Secret Recipe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.