PTPTN Mengganas – Rekod CCRIS Hancur

Dengar cerita, bulan ini PTPTN updatekan rekod peminjam secara besar-besaran. Seorang rakan turut terkesan, housing loannya mengalami masalah untuk diluluskan kerana rekod PTPTN CCRIS kurang memuaskan :

10985179_10154062526408147_5482658170724735012_n

Rekod cantik di CCRIS musnah kerana PTPTN. 24 bulan terus di CCRIS. Rakan ini bayar konsisten setiap bulan, cuma mungkin kurang dari jumlah yang perlu dibayar setiap bulan. Pihak bank memberikan kata dua, clearkan semua outstanding PTPTN ataupun loan tidak diluluskan. Kata pihak bank, banyak yg terpaksa mereka reject kerana PTPTN ini.

IMG_5132

PTPTN owh PTPTN. Ramai yang datang kata rakan oleh faktor ini. Mostly, kerana loan bermasalah disebabkan nama diblacklistkan di dalam CCRIS.
IMG_5179

Ambil. Interest saja sudah hampir 65% dari jumlah pokok. Rendah kan interest PTPTN? 24 bulan outstanding, lebih kurang RM4K+ kata rakan tersebut. Mahukan loan diluluskan, terpaksa settlekan semua.

Nasib baik eyriqazz tiada loan PTPTN. Rakan di ofis pun turut nama diblacklistkan dalam CCRIS, 60+ terus. Agresif PTPTN sekarang.

Last kata dari eyriqazz –

Dulu – Berjaya anak makcik. Tentu banyak belanja kan? Apa susah? PTPTN kan ado?

Kini – Loan awak tidak dapat diluluskan. PTPTN kan ado….

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

21 thoughts on “PTPTN Mengganas – Rekod CCRIS Hancur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.