Perlukah Kekalkan Penyewa Lama?

Alhamdulillah, Rezeki adik. Loan rumah pertamanya di Flat Pandan Mewah, Ampang sudahpun diluluskan. Sudah selesai urusan bayar 10% dan kos guaman. Now menanti full settlement daripada bank. Lebih bertuah lagi, unit ini masih ada penyewa lama. Sudah menyewa selama 3 tahun pada kadar RM550 sebulan. Market rate area sini sewa dalam RM650-RM800 sebulan.

Nak kekalkan penyewa lama or cari penyewa baru? Saya syorkan kepada adik try nego dulu dengan penyewa lama as bagi saya, dia sudah menyewa 3 tahun. Besar kemungkinan bayaran cantik. Adik ok dan inform agent mahukan harga sewa dinaikkan kepada RM700 mengikut kadar semasa di sana.
IMG_6920

Penyewa lama berminat untuk kekalkan menyewa di sini. Yerla, penyewa seorang nurse, rumah ini hanya walking distance dari tempatnya bekerja iaitu Hospital Ampang, jalan kaki lebih kurang 5 minit.

IMG_6922

Namun, penyewa lama hanya boleh bayarkan sewa RM650 dari asking price adik RM700. Adik mohon pendapat saya. Personal opinion saya, calculation –

Instalment bulanan adik – RM580
Maintenance fees – RM40
Sewa diminta – RM650
Positif cashflow – RM30

Flat Pandan Mewah Pandan Indah 1
Saya inform adik, better kekalkan tenant ini. Yerlah, 3 tahun rumah ini disewa olehnya. Masa site visit dulu, rumah terjaga elok. Tiada kerosakan besar. Lagipun, naluri hati saya yang rasa kesian ke atas penyewa ini membuatkan saya syorkan kepada adik maintainkan penyewa ini dan disewakan pada rm650 instead RM700.

Bagi saya, jadi pelabur hartanah bukan keuntungan semata-mata difikirkan. Sifat belas ehsan bertempat dan mudahkan kehidupan orang lain i.e. penyewa, In Shaa Allah, hidup kita dipermudahkan. Rumah sewa saya di PV13 saya akan sambung pada harga lama i.e. RM1,750 instead of market value sekarang around RM2,000 kerana tenant saya sekarang agak baik , bayar cantik dan rumah terjaga elok. Biarla tak untung banyak tapi hati lebih tenang.

Bagi yang tercari-cari tips terbaik menyewa rumah i.e. tips mencari penyewa dari syurga, menapis penyewa etc, saya rekomenkan untuk dapatkan Panduan Tips Sewaan Rumah ini yang ditulis tak lain tak bukan sifu saya, Abangensem. Dapatkan di sini –> Tips Sewaan Rumah

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

31 thoughts on “Perlukah Kekalkan Penyewa Lama?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.