Seminar Teknik Rahsia Beli Beli Hartanah Below Market Value dari Wan Infolelong

Weekend lepas, 1 November 2015 sempatlah saya menghadiri Seminar Teknik Rahsia Beli Beli Hartanah Below Market Value dari Wan Infolelong yang diadakan di Ayer @8, Putrajaya. First time actually sampai di Ayer 8 ni, tempat yang saya nampak bakal menjadi tumpuan ramai di masa hadapan. Saya kongsikan pengalaman sepanjang di seminar setengah hari ini:
Seminar Teknik Rahsia Beli Beli Hartanah Below Market Value dari Wan Infolelong 2

Kata-kata aluan dari saudara Alif Mastor, penganjur dan juga bekas peserta Seminar Wan Infolelong. Networking antara point penting yang diutarakan oleh saudara Alif Mastor, i.e. dengan networking ini hasilnya beliau berjaya membeli unit di Ayer 8 ini yang dijadikan kelas seminar. Dalam Pelaburan hartanah, Networking adalah penting.

Seminar Teknik Rahsia Beli Beli Hartanah Below Market Value dari Wan Infolelong 3

Saat-saat dinanti. Saudara Wan Infolelong memperkenalkan serba sedikit tentang dirinya i.e. beliau adalah bekas Pensyarah dan kini seorang agent hartanah/penceramah hartanah sepenuh masa. Sangat berpengalaman dan begitu dikenali dikalangan Pelabur Hartanah di Malaysia.

Seminar Teknik Rahsia Beli Beli Hartanah Below Market Value dari Wan Infolelong 4

Saya suka cara bro Wan Infolelong bercerita. Santai dan juga berkongsikan pengalaman peribadi, bukan berdasarkan buku. Soal jawab pun dijawab dengan profesional dan mudah difahami.

Seminar Teknik Rahsia Beli Beli Hartanah Below Market Value dari Wan Infolelong 9

Dua part utama yang diajarkan dalam sesi membeli rumah di bawah market value adalah melalui Pembelian hartanah melalui lelong dan juga subsale. Lelong antara part yang belum pernah saya belum buat secara peribadi, banyak tips-tips dan informasi menarik dikongsikan oleh Saudara Wan Infolelong.

Seminar Teknik Rahsia Beli Beli Hartanah Below Market Value dari Wan Infolelong 10

Antaranya Bila nak stop membida apabila membeli rumah lelong. Rumah lelong, jangan ikut emosi, nanti makan diri. Tetapkan maksimum bid sebelum masuk lelong dan bid mengikut kemampuan diri sendiri.

Seminar Teknik Rahsia Beli Beli Hartanah Below Market Value dari Wan Infolelong 12

Anggaran kos baik pulih juga diterangkan. Untuk KL/Selangor maybe boleh ditambah sedikit as pengiraan di atas adalah mengikut unit di Seremban.

Seminar Teknik Rahsia Beli Beli Hartanah Below Market Value dari Wan Infolelong 15

Lain-lain kos yang perlu diambil kira ketika membeli rumah lelong antaranya bil air dan elektrik, indah water, cukai tanah, cukai pintu dan juga maintenance fees i.e. untuk unit condominium/apartment/flat. Untuk rumah lelong, syarat low cost tidak terpakai normally dan pembeli boleh membeli rumah low cost melalui lelong.

Seminar Teknik Rahsia Beli Beli Hartanah Below Market Value dari Wan Infolelong 16

Carian juga perlu dibuat sebelum membeli melalui lelong mahupun subsale. Elakkan membeli unit yang ada kaveat. Lepas ni, mungkin boleh proposekan kepada pelelong/bank supaya rumah yang bakal dilelong bebas daripada caveat. Ini antara part yang saya kurang faham kenapa bank menjual rumah/lelong unit yang ada caveat i.e. yang bakal menyusahkan bakal pembeli di kemudian hari.

Juga dikongsikan tips untuk tingkatkan peluang kemenangan lelong antaranya pilih kawasan yang kurang hot, pilih rumah yang banyak kerosakan (cari kontraktor yang mampu menawarkan harga dan kualiti terbaik.

Seminar Teknik Rahsia Beli Beli Hartanah Below Market Value dari Wan Infolelong 18

Agreed? Nama pun bank, capitalist. Low cost sesuai untuk pelabur yang inginkan positif cashflow kerana normally harga rumah low cost mampu cover instalment bulanan.

Seminar Teknik Rahsia Beli Beli Hartanah Below Market Value dari Wan Infolelong 22

Banyak lagi tips yang dikongsikan oleh Saudara Wan Infolelong antaranya Debt Service Ratio untuk membeli rumah, syarat pembelian rumah, cara negotiate untuk dapatkan pembelian subsale below market value, timeline lelong, timeline menjual kembali rumah, RPGT, sekatan ke atas low cost, proses pembelian rumah lelong/subsale, semak market value, apa yang perlu dibuat ketika site visit, tips berjimat beli rumah subsale, dan pelbagai lagi.

Overall, saya sangat berpuas hati. Peserta lebih kurang 35 orang tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan tentang Pelaburan Hartanah dan apa yang belum difahami. Ada yang datang dari Negeri Sembilan dan juga Melaka. In term of lokasi, saya suka lokasi yang dipilih kerana mostly Seminar Hartanah diadakan di Kuala Lumpur, Shah Alam, atau Puchong. Putrajaya satu lokasi yang agak strategik.

IMG_2872

 

Di akhir entri, saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada Saudara Wan Infolelong dan pihak penganjur yang menganjurkan seminar ini dan semoga ianya diteruskan supaya lebih ramai golongan melayu terutamanya celik Pelaburan Hartanah dan terlibat dalam pelaburan Hartanah. Personal experience, 2 property yang pernah saya beli sebelum ini mencatatkan kenaikan harga lebih kurang RM200K-RM300K dalam tempoh 7-8 tahun dan memberikan positif cashflow kepada kami. In Shaa Allah, bercadang tambah lagi tahun ini.

Mahu belajar cara beli rumah tanpa modal atau dengan sedikit modal? Jemput baca di sini –> Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

Berminat/ mahu saya guidekan pembelian rumah pertama or rumah untuk pelaburan? Feel free untuk hubungi saya di 0139263127 or kalau segan boleh PM or emailkan ke eyriqazz@gmail.com

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

34 thoughts on “Seminar Teknik Rahsia Beli Beli Hartanah Below Market Value dari Wan Infolelong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.