Website Review – Personal Loan Malaysia

Dah lama rasanya tak review website/blog. Kali ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk review salah satu website yang saya singgahi yang banyak berkongsi informasi berkenaan Personal Loan di Malaysia iaitu:

1
http://www.personalloan.com.my/

Inilah review dan pandangan peribadi saya berkenaan website Personal Loan ini –

1) Content entry
Content entry/ isi kandungan website banyak berkongsikan informasi berkenaan personal loan di Malaysia i.e. pinjaman peribadi dari BSN,MBSB, Maybank, Bank Rakyat etc. Saya perasan entri terbaru dalam bahasa melayu dan entri-entri yang terlebih awal dalam bahasa english. Rasanya lebih bagus jika dalam satu bahasa untuk tidak mudah mengelirukan pengguna. I.e. most pembaca melayu lebih selesa dalam bahasa melayu berbanding english.

2) Layout Blog
Agak kemas dan senang dilayari dengan related post yang memudahkan pembaca membaca artikel berkenaan. Cadangan saya mungkin boleh tambah button search bagi memudahkan pembaca ‘search’ informasi yang diingini i.e. pinjaman peribadi bagi kakitangan kerajaan vs pinjaman peribadi kakitangan swasta.

3

3) Ruangan Sidebar/Popular Post
Ini antara part yang saya suka. Senang bagi saya untuk membaca entri yang mendapat bacaan tertinggi dan menarik pembaca dari first time readers kepada loyal readers dan juga meningkatkan peluang entri muncul di google melalui Search Engine Optimization (SEO).

4

4) Kategori by Bank etc
Di ruangan kategori di sidebar juga disediakan ruangan kategori yang memudahkan pembaca terus zoom kepada certain bank i.e. kakitangan kerajaan lebih cenderung untuk apply loan melalui bank rakyat, pertanian, dan BSN oleh disebabkan boleh membuat potongan melalui biro angkasa dan kadar interest yang lebih rendah.

Cadangan penambahbaikan website ini –

2

1) Kalkulator
Pendapat peribadi saya, ruangan kalkulator yang disediakan adalah kurang tepat bagi mengira kadar dan bayaran bulanan pinjaman peribadi kerana calculator tersebut adalah mengikut kadar faedah berkurang. Setahu saya, personal loan adalah mengikut kadar faedah yang fix tahunan iaitu lebih kurang macam pinjaman kereta, motosikal, etc. Perbetulkan saya sekiranya saya silap.

2) Perkongsian Kisah Peribadi
I.e. boleh selitkan perkongsian kisah peribadi dari peminjam yang membuat pinjaman peribadi dan boleh menjemput penulis jemputan i.e. blogger yang pernah membuat pinjaman peribadi untuk berkongsi pengalaman membuat pinjaman peribadi.

3) FAQs
Boleh masukkan ruangan FAQs (Frequently Ask Question) i.e. apakah dokumen yang biasanya diperlukan untuk membuat pinjaman peribadi/personal loan. One stop centre dan memudahkan pengguna.

4) Update terkini  berkenaan Personal Loan
Informasi terkini yang boleh diselitkan antaranya latest regulation berkenaan personal loan dan juga cadangan apakah yang perlu dilakukan sekiranya mengalami masalah dalam membayar pinjaman peribadi i.e. merujuk kepada AKPK, mendapatkan khidmat nasihat atau berjumpa dengan pihak bank, etc.

Secara peribadi, saya memberikan rating 7/10 untuk website ini. Satu inisiatif yang bagus bagi memberikan informasi berkenaan pinjaman peribadi di Malaysia. Info lanjut berkenaan website ini bolehla layari Personalloan.com.my

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

7 thoughts on “Website Review – Personal Loan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.