Hutang Kahwin – Adat Yang Perlu Diikuti?

IMG_5760

Ini gambar yang sempat saya ambil ketika menghadiri majlis kahwin saudara mak mertua di Kelantan tahun lepas. Kagum, majlis kahwin diadakan ala kadar dengan pengantin tidak mengenakan pakaian pengantin yang gah, bersanding di pelamin yang serba cantik dan tiada makan beradat.Cukup sekadar apa yang dimakan jemputan, itulah yang dimakan oleh pengantin.

Dilema bakal pengantin, adat melayu yang mungkin membebankan sampai ramai bakal pengantin mengambil jalan mudah membuat pinjaman peribadi/pinjaman kahwin?. Anak sudah dua tiga, hutang pinjaman kahwin masih belum dilunaskan. Tunjuk jari dekat diri sendiri yang masih ada lebih kurang RM20K+ hutang pinjaman peribadi untuk berkahwin pada tahun 2007. Sudah hampir 8 tahun, masih belum diselesaikan sepenuhnya.

Perlukah majlis kahwin mengikut adat sekiranya ianya membebankan? Kongsi-kongsikan pendapat anda.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

29 thoughts on “Hutang Kahwin – Adat Yang Perlu Diikuti?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.