Hotel Review – Hotel Mutiara Johor Bahru

Beberapa minggu lepas sempat bercuti di Johor Bahru. Percutian pendek disamping menunaikan tugasan blogjob di sana. Kami memilih untuk menginap di Hotel Mutiara Johor Bahru. First time rasanya kami bermalam di hotel ini.

Hotel Mutiara Johor Bahru 3

First time sampai sudah dalam pukul 11 malam lebih. Quite impress dengan viewnya yang cantik, bersih dan sejuk mata memandang. Staffnya pula sentiasa tersenyum dan senang diminta bantuan i.e. ketika kami nak ambil beg ke lobi.

Hotel Mutiara Johor Bahru 11

Inilah bilik kami. Dua katil single yang agak besar, yang agak sesuai untuk kami 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Selesa. Anak-anak pun tersenyum riang.

Hotel Mutiara Johor Bahru 12

Freegift buat kami. Ada juga disediakan peti sejuk kecil. Dalam peti sejuk tu ada minuman dalam tin etc. Kena bayar asing.

Hotel Mutiara Johor Bahru 15

Peace. Anak-anak seronok bukan main dapat bercuti dan tidur di hotel. Dah beberapa bulan rasanya tak bawa anak bercuti di hotel.

Hotel Mutiara Johor Bahru 21

Televisyen ada disediakan. Cadangan saya buat hotel ini, tambah lagi channel barula tidak boring sangat kalau duduk di hotel lama. Channel ada, cuma tidak begitu banyak. Dapat kartun dan sport channel pun dah cool for me. Hehehe.

Hotel Mutiara Johor Bahru 24

Ini favourite isteri, megumpul toiletries dari hotel especially yang cantik sebegini.

Hotel Mutiara Johor Bahru 25

Bilik air. Anak-anak suka berendam dalam bathtub tu. Fuh, next. Papa pula nak mandi.

Hotel Mutiara Johor Bahru 29

Pagi tu tidak melepaskan peluang untuk mandi di swimming pool di tingkat 4 tak silap. Anak-anak, memang tak melepaskan peluang mandi swimming pool kan?

Hotel Mutiara Johor Bahru 30

Kolam kecil untuk anak-anak pun ada. In future, maybe boleh besarkan kolam untuk kanak-kanak. Tentu lebih selesa.

Hotel Mutiara Johor Bahru 33

Room rate. Fuhh, boleh tahan kan? RM500+.Tapi kalau nak dapatkan rate terbaik untuk Hotel Mutiara Johor Bahru ini, bolehla cuba dapatkan harga terbaik di SINI . Harga yang PR saya dapatkan jauh lebih murah jika dibandingkan dengan publish rate di atas. Berbaloi-baloi kan?

Hotel Mutiara Johor Bahru 36

Tempat breakfast. Ada sijil halal. Tak sempat merasa makanan di sini as kami ambil yang without breakfast. Hehe, jimat sikit.

Hotel Mutiara Johor Bahru 38

Jom pulang. Panggil bellboy. Pantas dia datang. Servis sangat puas hati.

Hotel Mutiara Johor Bahru 35

Overall experience menginap 2 hari 1 malam di Hotel Mutiara Johor Bahru, kami sangat berpuas hati. Bilik yang agak selesa, bersih dan selesa, serta staff yang peramah membuatkan percutian kami walaupun pendek sangat puas hati. Next time singgah Johor Bahru, bolehla bermalam di sini. Overall rating saya berikan 8/10.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

29 thoughts on “Hotel Review – Hotel Mutiara Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.