Anugerah Digi WWWOW Kembali

Anugerah Digi WWWOW Kembali lagi. Menghangatkan Social Media dengan pelbagai pencalonan yang menarik dan hadiah yang lumayan. Hadiah yang ditawarkan bernilai RM10,000 dari penganjur utama Digi Telecommunications. Antara kategori yang dipertandingkan antaranya:

  1. Video & Photography
  2. Social Influencer
  3. Independent Publisher
  4. Web E-Commerce
  5. Mobile E-Commerce
  6. Social Media E-Commerce
  7. Social Impact
  8. Social Movement

Tahun 2012 blog ini pernah dicalonkan untuk kategori Fave Makan-Makan Expert, mendapat undian top 10 namun gagal ke pusingan akhir. Bukan rezeki ditambah ramai lagi peserta yang lebih berbakat dalam penulisan, gaya yang memukau, dan makanan yang menggiurkan hati. Kata orang, belum cuba, belum tahu kan? Gagal selepas mencuba adalah lebih baik dari menyerah kalah sebelum bermula.

Antara kategori baru yang saya nampak bagus diketengahkan kali ini adalah mobile e-commerce. Di arus kemodenan ini, ramai yang menggunakan smartphone untuk ke sana ke mari. Applikasi yang memudahkan kehidupan seharian. My wish list antaranya applikasi yang boleh membantu kehidupan kami seharian yang boleh diketengahkan antaranya applikasinya mencari kemudahan baiki rumah i.e. plumbing services dan repair services dengan kadar yang berpatutan.

Kategori Social Impact juga nampak menarik. Misalnya, saya syorkan lebih ramai syarikat yang menganjurkan event-event untuk blogger dan juga CSR (Corporate Social Responsibility) yang bakal memeriahkan dan menarik lebih ramai peserta disamping menggalakkan aktiviti yang sihat untuk semua. Tahniah Digi, nampak semakin banyak event yang dianjurkan i.e. Digi Wwwow ini yang boleh dikatakan diadakan setiap tahun.

Jadi, apa tunggu lagi? Calonkan rakan-rakan anda, diri sendiri atau sesiapa saja yang anda rasakan layak. Info lanjut bolehla layari www.wwwow.my/

Digi WWWowDigi Wwwow 2015 kembali lagi
Tarikh penting masukkan dalam diari
Calonkan yang layak atau diri sendiri
Hadiah menarik bakal menanti

Watch “Digi #WWWOW2015 Awards. Are you the next Internet hero?” on YouTube –https://youtu.be/zLf3OBaChIA

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Anugerah Digi WWWOW Kembali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.